Pages

Sunday 8 February 2015

6 Gambar rumah baru Fizo Omar dan Mawar yang amat mewah


Pasangan Fizo Omar dan Mawar sememangnya sering kali menjadi perhatian orang ramai dek kerana beberapa siri kontroversi yang dikaitkan dengan nama mereka sebelum ini.

Begitupun, mereka berjaya menepis dan bertahan dengan semua tomahan dan kritikan dari peminat. Kini nama Fizo dan Mawar sudah semakin jarang disebut-sebut.

Akhirnya, semua kontroversi lalu reda juga meskipun memakan sedikit masa.

Gambar rumah baru Fizo Omar dan Mawar - Perkenalan singkat antara Fizo Omar dan Mawar membawa kepada ikatan perkahwinan pada 10 November tahun lalu. Kini, mereka sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah selama 5 bulan.

Melalui gambar-gambar terkini Fizo Omar dan Mawar yang sedang giat mengubahsuai rumah mereka di bawah, jelas membuktikan tindakan berkahwin dahulu dan kemudian bercinta satu langkah yang betul.

Kalau sudah jodoh, tempoh perkenalan singkat bukan masalah utama untuk berkahwin. Yang penting kedua-dua pihak bersedia ke arah itu.







No comments:

Post a Comment