Pages

Thursday 5 February 2015

Ibu Mangsa Kelar Kesal Dengan Kenyataan Dari UITM



Keluarga pelajar perempuan yang maut akibat dikelar rakan lelakinya kesal dengan kenyataan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila didakwa seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap tragedi menimpa anak kedua daripada enam beradik itu.

Ibu mangsa Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia sedih dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said apabila mengatakan anaknya Nur Syuhada Johari, 20, mengikut lelaki itu secara sukarela.

“UiTM tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang menggambarkan Nur Syuhada dengan sukarela mengikut suspek dan bukannya diculik selain kejadian berlaku di luar kampus.

“Siapa UiTM untuk kata anak saya secara sukarela mengikut lelaki itu? Anak saya diuguttt dengan pisauuu sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta, malah rakannya juga ada melihat kejadian sebelum memaklumkan kepada saya.

“Sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Nur Syuhada, saya tahu anak saya cuba mempertahankan dirinya (dan)...saya tidak mampu terima tragedi yang menimpanya. Anda fikir saya mampu memaafkan suspek dan keluarganya?” katanya, semalam.

Menurutnya, dia menganggap semua penuntut wanita di UiTM Permatang Pauh itu seperti anaknya sendiri dan tidak mahu kejadian sama berulang.-sumber

No comments:

Post a Comment