Pages

Tuesday 3 February 2015

Keluarga dakwa mangsa diculik, suspek bukan ke kasih mangsa

Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa, dalam pada itu sahabat mangsa melalui media sosial sahkan suspek bukan kekasih mangsa.

Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu diknelali telah menceritkan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.
“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.
Dalam pada itu suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Credit Siakapkeli ,Berita Harian.

No comments:

Post a Comment