Pages

Showing posts with label Pelanggan. Show all posts
Showing posts with label Pelanggan. Show all posts

Thursday 28 August 2014

Pelanggan Kesal Pekerja Gerai Tidak Prihatin



MERLIMAU - Seorang pelanggan terkejut apabila lauk makanan tengah harinya di sebuah gerai makan di medan selera pekan Merlimau terdapat telur lalat.

Wan Ahmad Wan Ali, 29, berkata, dia bersama isterinya ke gerai makan layan diri berkenaan dan mengambil seekor ikan keli sambal, namun selepas makan baru mereka menyedari ikan tersebut telah dicemari telur lalat.

“Ketika nak bayar, saya beritahu kepada pekerja gerai makan itu yang juga warga Indonesia terdapat telur lalat.

“Tapi kesal pekerja itu langsung tidak meminta maaf dan hanya menjawab tak apa sebelum membawa pinggan terus ke dapur,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa namun berharap peniaga dan pelanggan lebih berhati-hati memandangkan di medan terbabit lauk pauk dibiarkan terdedah.

“Bukan satu kedai sahaja malah beberapa gerai yang menyediakan masakan tengah hari juga membiarkan masakan di atas meja tanpa bertutup.

“Majlis Perbandaran Jasin perlu memantau dan memastikan peniaga menitik beratkan aspek kebersihan,” katanya.

View the original article here

Friday 25 July 2014

Kecoh : Isu Pihak Maybank Tipu Pelanggan

Tengahari ada cerita sikit, kisah pelanggan MAYBANK dan BANK kesayangan nya.. tapi rasa nya kita pun dah biasa dengan masalah ni, apa pun jom kita layan tengok apa yang mamat ni marah kan sangat...

ooooo patut lah, maybank tenet dia kena block..
kalau kita kena pun angin kan..
yerlah..mamat ni kan pelanggan tetap nya , pihak bank kena lah jaga hati dan nurani perasaan si mamat ni..
apa pun tahniah pada admin facebook maybank ni.. tenang ajer walau pun mamat ni tengah angin satu badan...

Tapi kalau anda masih ingat.. ramai orang yang memang marah sangat kat si MAYBANK ni..
Kata nya bank yang menzalimi pelangan dan pekerja nya..
Kalau tak cayer cuba baca banner kat bawah nie..

Apa macam ..cayer tak .Dulu saya pernah dapat risalah ni..
mereka mereka yang tak puas hati ni, begitu giat mempermosi kan tentang keburukan bank ni, tapi sekarang.. dan senyap jer..
ada sesapa leh bagi tau saya tak..dah satel ker.. gaji dah di naik kan lah tu..tu yang senyap.. duit dah masyukkk hehhee...

Sebagai pelangan , anda sememang nya ada hak anda. Guna kan hak anda..

Sumber

View the original article here