Pages

Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Saturday 30 August 2014

Berpuluh Mayat Pekerja Asing Terdampar Di Pantai Libya

mayat terdampar

MAYAT sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba menyeberangi tanah besar Eropah.

Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu. Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.

Pengawal pantai Libya cuba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, dipercayai lebih 200 tenggelam selepas bot kecil yang mereka naiki untuk menyeberangi tanah besar Eropah karam.


Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: “Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.
“Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang.”

Beliau menambah: “Difahamkan antara mereka adalah warga Somali dan Eritreans serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu.

Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit, lapor mStar.
View the original article here

Thursday 24 July 2014

Apabila Erra Fazira selamba beraksi santai di tepi pantai

Apabila Erra Fazira selamba beraksi santai di tepi pantai - Mengambil tempat Awana Kijal Resort, Kerteh Terengganu, pelakon jelita Erra Fazira memilih tempat tersebut untuk beriadah dan bersantai seorang diri bagi melepaskan tekanan dan penat lelah ketika bekerja.

Tempat ini memang sangat menarik kerana mempunyai pantai yang cantik dan indah, tiupan angin yang mendamaikan jiwa dan dapat melihat secara dekat ketika matahari terbenam di sebelah barat sewaktu senja mendatang.

Erra Fazira yang hanya memakai gaun simple kelihatan begitu feeling dan seolah-olah termenung teringatkan kenangan silam yang amat nostalgia. Ramai pengikutnya di Instagram memberi semangat kepada aktres berusia 40 tahun itu agar terus tabah mengharungi liku-liku hidup yang mencabar.






View the original article here

Saturday 19 July 2014

Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai

pari gaza1 Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai

INI kejadian yang sudah agak lama. Tepatnya 27 Februari 2013. Ratusan ikan pari jenis mobula terdampar secara misteri di Pantai Gaza City. Terdamparnya ratusan ikan pari jenis mobula ini tentu saja menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang tengah menghadapi konflik dan sekatan dengan negara Israel.

Ikan pari jenis mobula merupakan salah satu spesies ikan yang banyak dicari oleh para nelayan setempat, selain banyak mempunyai daging yang enak dimakan, ikan jenis ini berharga cukup mahal, iaitu kira-kira 6 hingga 7 Sekhel
pari gaza2 Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai
Biasanya warga Gaza mendapatkan ikan jenis ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Kerana susah didapati inilah salah satu faktor yang menyebabkan ikan pari jenis mobula ini berharga mahal dan sekarang para warga Gaza bersyukur menyambut berkat yang luar biasa ini.

Menurut nelayan tempatan, ini bukan pertama kalinya ikan-ikan ini terdampar, kerana sebelum ini sebanyak 220 ekor ikan terdampar. Dan dia sangat yakin esok akan ada lebih banyak lagi ikan yang terdampar, "hari ini Allah menyediakan semua ini untuk kami," katanya.
pari gaza3 Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai

pendapat Pakar


Adalah Bob Rubin, salah seorang pakar ikan pari yang terkenal dari Universiti Santa Rosa di California, cuba membongkar misteri ini, namun tetap saja sampai saat ini belum dapat diselesaikan.

"Ini adalah hal yang aneh dan saya tidak pernah mencari hal seperti ini sebelumnya. Saya telah bekerja di Teluk California bertahun-tahun di mana banyak sekali terdapat sekumpulan mobula, tapi saya belum pernah melihat mereka terdampar massa seperti ini, "kata dia.

pari gaza4 Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai

Dia menambah, tanpa melihat keadaan ikan dan faktor lain seperti isi perut dan keadaan insang mereka, ia tidak boleh menentukan apa yang menyebabkan ikan-ikan itu terdampar.

Dugaan sementara, ia menyebutkan, suara bawah air atau isyarat elektrik mungkin telah menyebabkan kekeliruan bagi ikan-ikan itu. "Tapi itu hanya tekaan saya," kata Rubin.

pari gaza5 Keajaiban di Gaza, Ratusan Ikan Pari Terdampar di Pantai
Keadaan Ikan yang terdampar ini mempunyai calar luka di beberapa bahagian tubuhnya, kebanyakan di bahagian sirip.

Apapun penyebab terdamparnya ikan pari jenis mobula ini, yang pasti hal ini adalah suatu berkat yang luar biasa bagi warga Gaza Palestin yang tengah ditimpa konflik berpanjangan dengan negara Israel.[dailymail/Ukmi Al Kahfi-Uir]sumber

View the original article here

Wednesday 25 June 2014

Gambar Ikan Jerung Gergaji Di Pantai Bruit Daro Sarawak

Gambar ikan jerung gergaji ditemui di pantai Kampung Bruit Daro kira-kira 152Km dari Sibu Sarawak. Penduduk Kampung Bruit yang terletak di daerah Sarikei pada 24 Jun 2014 digemparkan dengan penemuan ikan jerung jenis gergaji atau (sawsharks). Menurut salah seorang nelayan, ikan jerung jenis gergaji itu pada mulanya tersangkut pada pukatnya ketika memancing kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai. Saksi terpaksa meminta bantuan orang kampung untuk menunda jerung berkenaan di persisiran pantai. Foto mengenai penemuan ikan jerung itu juga kini menjadi tumpuan di laman sosial pada 25 Jun 2014. Untuk info, Jerung gergaji adalah spesies jerung di perairan laut dalam tidak kurang dari 40 meter dan hanya boleh ditemui di perairan Jepun, Afrika dan Australia.



jerung



Gambar Ikan Jerung Gergaji Di Pantai Bruit Daro Sarawak



jerung 3 jerung 5 

 jerung 6

ikan 2 

 ikan 3 

 ikan



View the original article here