Pages

Sunday 13 April 2014

Lokasi Freemason di Malaysia

Saya yakin ramai pembaca blog ini sudah mengetahui perkara berkaitan Freemason iaitu sebuah pertubuhan Yahudi yang ditubuhkan hasil manifestasi daripada penemuan buku-buku sihir di dalam bilik bawah tanah Masjid al-Aqsa. Akibat tentangan hebat daripada Raja-raja di Eropah pada ketika itu, golongan penyembah Syaitan (Satan) ini telah menjalankan satu konspirasi seperti yang tercatit di dalam buku-buku sejarah sekarang, iaitu 'Revolusi' atau 'Renaisance'.

Secara ringkas, revolusi ini telah berjaya menjatuhkan sistem pemerintahan beraja di Eropah. Walau bagaimanapun, masih terdapat negara di Eropah yang mempunyai Sistem Beraja. Antara yang paling menyerlah ialah United Kingdom (namanya saja sudah hampir membawa maksud New World Order@One World Government).

Sekitar tahun 1800, para pemerintah kerajaan England dikatakan telah mengamalkan 'sembahan syaitan'. Ini berikutan penemuan beberapa terowong bawah tanah yang dipercayai dijadikan lodge 'ritual' pertubuhan penyembahan syaitan ini. Jika dilihat dari pemakaian, kebanyakan pemerintah Inggeris ini adalah terdiri daripada golongan profesional, namun disebaliknya...



George Washington
Penemuan tersebut pernah disiarkan di History Channel. Jika UK ialah 'pusat kewangan' tentera Dajjal atau lebih tepat lagi bangsa Yahudi, Amerika pula ialah 'pusat politik-ketenteraan' bagi mereka. Buktinya, Presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington juga merupakan Presiden Freemason yang pertama.

Tidak hairanlah sekiranya sektor perniagaan di UK dikuasai oleh Yahudi, manakala bidang ketenteraan dan politik dunia yang dikuasai oleh Amerika sebenarnya dikuasai oleh Yahudi dibalik tabir.

Tahukah anda Freemason sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam perancangan penubuhan negara bangsa Malaysia. Ini bermula apabila Dajjal yang gemar merantau ke seluruh dunia bagi tujuan mempelajari selok belok sesuatu kaum itu telah menemui suatu kaum yang hebat terutama dalam bidang pelayaran dan pertahanan. Puak Dajjal dan Yajuj Majuj ini amat takut dengan suatu bangsa dari 'Timur' kerana dari arah 'Timur'lah akan munculnya 'Panji Hitan Dari Timur' yakni bala tentera yang sebaik-baik tentera.

Masihkah anda ingat tentang peristiwa pembunuhan 'keturunan Rasulullah' yang dilakukan oleh golongan Wahabi di Arab Saudi suatu ketika dahulu? Selepas peristiwa itu, ramai keturunan Rasulullah yang berhijrah ke Malaysia dan Indonesia. Ini kerana, pada ketika itu keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Turki (jatuh ke tangan Mustapha Kamal Ataturk), Palestin, Pakistan, Iran mahupun Mesir amatlah tidak mengizinkan keturunan-keturunan Rasulullah ini berhjihrah ke sana. Dan satu-satunya tempat yang sedikit aman pada ketika itu ialah sebuah rantau di bahagian Timur yakni Alam Melayu.

Diringkaskan fakta, Freemason telah merancang untuk membina sebanyak mungkin pangkalan-pangkalan tentera Dajjal (Kafir) di seluruh dunia. Lihatlah bagaimana Amerika menghantar kapal tentera USS George Washington untuk persiapan perang menghadapi satu-satunya negara Timur jauh yang degil untuk akur pada 'ideologi bodoh' Yahudi seperti One World Government.



Pangkalan Tentera Amerika di seluruh dunia
Di bawah ini, saya sediakan beberapa bahan-bahan yang berkaitan untuk renungan bersama. Kepada anak-anak Melayu yang 'sekular' dan masih terkena penyakit al-Wahn, saya doakan agar Allah SWT membuka pintu hati anda.

Klik pada gambar untuk besarkan

Posisi Freemason- Dalam carta di atas "Secret Society" terdapat dalam Carta organisasi Illuminati. Di Malaysia Rotary Club, Lion Club dan lain-lain club di bawah negeri-negeri-negeri juga dibawah Freemason. Di Perak, pengurusi Lion Club dan Rotary Club ialah seorang daripada kerabat diRaja negeri.



Lodge Freemason di Penang



Lodge Freemason di Kedah



Lions Club di Kuala Krai



Lodge Freemason di Ipoh





Mosonic Hall Jalan Junid, Muar



Kuching, Sarawak.




Kalau korang menyusuri jalan Tiger Lane, selepas dari Sek Menengah Izuddin dan lebih kurang 200m Pejabat Veterinar korang akan dapat melihat sebuah rumah besar yang agak klasik tetapi rasanya masih berpenghuni kerana terdapat 2 ekor anjing yang dilepaskan di dalam kawasan tersebut. Aku first time lalu di Ipoh ni memang terkejut apabila memang terpampang lambang Freemason di binaan pagarnya dan di atas rumahnya juga terdapat simbol tersebut yang di ukir elok, tapi kalau dilihat rumah ni sudah lama, tetapi apakah mereka tidak tahu bahayanya pergerakan ini?







Terang lagi bersuluh.

*Jangan plak korang obses sangat, sampai nasi lemak bentuk piramid pun korang nak cakap tu illuminati, nampak sangat bangang dia kan. Eh, lantak la, bangunan freemason tu bukan kacao ko pun? Masalahnya disini, jangan jadi paloi k, benda-benda ni ada agenda disebaliknya, kita sebagai orang Islam harus sebarkan benda sebegini supaya bangunan-bangunan ini tidak perlu wujud agar agenda yang hendak dilakukan oleh orang-orang freemason ni, tak berjaya untuk menakluki Malaysia.

No comments:

Post a Comment