Pages

Showing posts with label surat. Show all posts
Showing posts with label surat. Show all posts

Friday 28 November 2014

Surat IKHLAS utk penganjur Karnival Upin Ipin dan Ultraman dari Ibu Malang

Assalamualaikum wbt

Tuan,

Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya kepada Les Copaque yg telah berjaya menganjurkan Karnival Upin Ipin dan Ultraman.

Surat saya ni tak formal sebab senang kot cerita mcm ni. Kalau saya tulis formal pun takut nanti masuk trash atau spam email jadi sia-sia saya menulis. Tulis kt sini untung-untung ade sesapa keje dengan pihak tuan boleh la forward..harapnye lah.

Sebelum saya tulis panjang, biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Salwa. Anak ada tiga. Semua hero. Yang sulung 5 tahun, yang tengah 3 tahun, yang bongsu 2 bulan setengah. Jadi faham-fahamlah kegilaan mereka pada watak Upin Ipin dan Ultraman ni.

Kalau tanya parents yang ada anak age dari 2 hingga 12 tahun ni, sape aje yang tk kenal upin ipin? Mungkin ada tapi 2 dalam 10 la kot. Sampai ke serantau asia orang kenal kan?

Jadinya tuan, jumaat malam tu kami dah sampai ke Karnival. Memang ramai orang dan jem utk tunggu parking. Dlm setengah jam macam tu dapat masuk parking di bawah. Alhamdulillah.

Walaupun penuh sesak, kami dapat jugak tengok perarakan masuk Upin Ipin dan kawan-kawan setelah bersabar tunggu setengah jam di tempat tu. Ekpresi anak bila nampak pujaan hati tu dh cukup nk bayar kepenatan.

Habis show tu, kami singgah pula di Upin Ipin store. Banyak barang dh habis malam tu. Mmg laku keras la. Mesti untung juta-juta

Hari ahad kami datang lagi dengan misi yang lain. Untuk tgk Ultraman pulak.

Walaupun drg saya dah tak bagi tgk Ultraman sejak saya terminate Astro beberapa bulan yang lalu (Youtube pun saya dh tk pasang Ultraman), tapi bila dapat tahu Ultraman nk datang (ye la iklan kat TV pun kemain banyak) makanya berjanjilah saya kepada anak-anak utk bawa pegi tgk. Kita tahu anak kita minat jadi macam mana pun mesti nk usahakan supaya dapat tgk live.

Saya rasa parents lain pun mcm tu la perasaannya.
Kan?
Kan?

Kami sampai di persimpangan trafik light depan PICC tu jam 9.56 pagi. Jem dah kawasan tu. Banyak kereta just park tepi jalan sebab give up nk masuk. Polis trafik pun dah mula sampai. Dalam jam 10.12 pintu masuk utama PICC dah tutup utk kereta masuk sebab dalam katanya dh full.

Waaaaahh!!

Kami antara kereta terakhir yang dapat masuk. Yg lain tu mesti bengang beratur tapi tk dapat masuk main gate. Selepas tu tak pasti pula pukul berapa kereta dapat masuk semula sebab kami dh kat dalam

CADANGAN 1: Pihak penganjur panggil la polis trafik datang kawasan tu awal sikit. Jika start jam 9, sebolehnya jam 8.30 tu pun dh boleh ready. Jika polis sibuk, dapatkan krew dari pihak berkuasa kawasan tu utk kawal sebelum polis sampai.

Bila dah dapat masuk, jem pulak nk parking. Kalau berpusing-pusing pun belum tentu dapat parking. Sedikit pelik sebab dah hari ketiga jadi juga perkara ni.

CADANGAN 2: PICC ada jumlah parking kenderaan. Campur sikit dengan yang boleh parking tepi-tepi jalan. Pekerja pihak penganjur pakat la dengan pekerja di PICC yang dh selalu jaga event. Diorang seharusnya dah boleh estimate berapa kereta yang boleh masuk sebelum tutup main gate. Pakailah walkie talkie dan communicate dengan pekerja lain supaya orang tk perlu berpusing-pusing cari parking.

Kami masuk ke dalam dewan dari arah tempat pemunggahan barang. Takde dibuat orang waktu lain kot?
Dah masuk je dalam sekali tgkk..Ma sya Allah tuan, penuh tak terkata!

Dewan untuk Jejak kenangan dah melimpah ruah sampai halang laluan. Beratur panjang nak masuk. Oleh kerana kami ni mmg nk tgk ultraman je, kami terus ke Dewan Perdana. Waktu tu slot Pada Zaman Dahulu. Mmg dh penuh tapi masih boleh berjalan.

Mujur jumpa satu spot dimana booth tu kosong. Depan booth JKM. jadi dapatlah kami duduk disitu (waktu tu jam 11 pagi) sementara nk tunggu ultraman keluar pkl 1 nanti. Yang pasti, booth Julies, Vitagen dan seangkatan dengannya untung besar sebab orang panas, lapar dan bersesak sesak.

CADANGAN 3: Sediakan lah ruang sedikit utk ibu menyusukan. Dah tentu tentu ramai ibu yang umur anaknya average baru lahir sampai 12 tahun kt situ. Ruang kecil tapi akan bawa makna besar utk para ibu sebab event ni mmg event budak-budak, bukan utk kami nk bershopping pun.

Ada saya nampak ibu yg memangku bayi kecil dah terduduk di tengah orang ramai. Saya tegur dan tunjukkan spot saya duduk supaya dapat bernafas sikit ibu tu.

Jika ada yang tanya kenapa kitaorang bawa juga baby kecik mcm tu, jawapannya; abes tu sapa pulak nak jaga kalau tinggal? Lagipun ramai kot tak expect sampai mcm tu ramainya org. Mcm saya pula, saya dah tau mesti ramai orang tapi baby saya yang 2 bulan stgh tu so far alhamdulillah mmg jenis tk menangis, jadi saya confident bawa dia. Just kene kipaskan dia sepanjang masa je.

Suami saya bergilir-gilir mendukung anak sulung dan anak tengah utk tgk show di stage. Mcm mana keadaannya? Mcm ni la..

Mmg padat. Saya pasti ramai emak bapak akan lenguh bahu beberapa hari ni.

Jam 12 anak yg sulung nk pegi toilet. Walhal tadi dh pegi dah. So saya bawak ke toilet and guess what tuan? (sorry cakap omputih pulak) nak keluar dan masuk pegi toilet pun dekat setengah jam!

Dua-dua pintu stuck sebab orang keluar dan masuk di pintu yang sama.MMg membazir masa disitu. Ada yang dah jerit-jerit tak sabar, ada yang tolak-tolak

Cadangan 4: Walaupun pihak tuan letak signage 'KELUAR' dan 'MASUK', dek sebabkan orang yang datang dah ratusan ribu kot, mana la nk nampak. Apa kata hire 2 orang dengan jaket kaler stricking gila pastu tulis 'KELUAR' dan 'MASUK'. jadi orang tu boleh tolong kawal pintu tu. Ok tak?

Jam 12.35 setelah balik dari toilet, saya nak ambil anak kedua tapi tgk both kedua dan ketiga dah tertidur. Jadi suami saya jaga dan saya bersesak ke arah depan pentas utk bawa anak sulung.

Dengan badan yang dh agak kurus sikit lepas berpantang (eh?) berjaya juga menyelit kat depan sedikit. Itupun ngam2 aje utk nampak stage dengan penglihatan separa. (sebab dh ramai sgt org). Tuan tahu, orang2 di belakang saya dah mula meng&%*#& kerana orang didepan tak mahu bertolak ansur utk duduk.

Kami kecewa. dh 3 4 jam tunggu tapi jadi mcm ni. Seisi jeritan dan macam2 kata tak berapa nak manis bermula. Tgk la kalau dh mcm ni orangnya??

Hall dah tkde ruang utk berjalan pun. walaupun pengacara minta duduk berkali-kali tapi mereka yang kat depan tak nak dengar.

Cadangan 5: Saya tgk dari malam jumaat tu ramai krew Les Copaque berbaju hitam. apa kata tuan minta 4 orang jaga setiap penjuru dan minta parents duduk. Bila krew yang bagi arahan, drg akan ikut juga especially kalau tuan hire jenis yang badan Abg Sado... Kalau parents belakang jerit pecah anak tekak pun tkde makna de..

Akhirnya Ultraman muncul juga. Saya dah la tak berapa nk larat dukung, mujur ada brader sporting gila tolong dukung anak saya 15 minit sampai lastnya dia pun give up dan kata tak rasa dah kaki dia. Saya pun tarik je anak keluar dari kawasan tu

Of course la anak saya menangis guling-guling kan

1.25 show hampir tamat kami dah keluar dari hall. diluar hall walaupun tuan sediakan main screen, orangnya sama ramai je. Tak boleh nk jalan sampailah show habis.

Cadangan 6: Buat la dua tiga ke main screen tu. Pecahkan sikit crowd.

banyak dah cadangan saya ni tapi ini cadangan last merangkap paling penting

CADANGAN 7, 8 , 9 dan 10:
TUKAR LOKASI,
TUKAR LOKASI,
TUKAR LOKASI DAN
TUKAR LOKASI!!!


PICC tak sesuai dengan ramainya org yg serbu. Buat la kat stadium putra ke, stadium melawati ke...
In sya allah masalah banyak dpt selesai

Apapun harapnya pihak tuan sudi la terima cadangan-cadangan saya tu. Tuan mesti nak ramai lagi datang lepas ni kan? Jadi janganlah kecewakan kami para ibu bapa yang berhempas pulas bergolok gadai berpeluh sakan sebab nk ke karnival ni

Sekian,

Emak 3 hero yang sangat bertabah

Nota tambahan:
Ini adalah pandangan peribadi saya. Tidak mewakili mana-mana pihak dan mana-mana individu. Jika ada yg rasa 'eh, tk mcm ni pun?" maka itu hak anda dan perasaan anda juga. Jadi saya hormati. Oh, timing tu yang saya ingat lebih kurang lah. Mungkin ada gap seminit dua.

chill!
View the original article here

Tuesday 22 July 2014

Dehel! Lelaki Ini Tandatangan Pukimak Atas Surat Saman




Lelaki Ini Tandatangan Pukimak Atas Surat Saman - Menerusi Blog ini sebentar tadi, sekeping gambar tersebar luas dilaman sosial Facebook iaitu satu surat saman polis terhadap pesalah jalan raya.



Apa yang mengejutkan Cantikje ialah tandatangan pada surat saman tersebut sangat kurang ajar seolah-olah lelaki tersebut tidak dapat menerima kesalahan yang dibuatnya.



Difahamkan kejadian berlaku begini, 




Cantikje: sudahlah langgar lampu merah dan membahayakan pemandu lain, lepastu tulis tandatangan yang melampau.. sangat tidak menghormati pegawai polis. Sumber: cantikje.blogspot.com



View the original article here

Wednesday 9 July 2014

Pemandu Bas Rapid Diberi Surat Tunjuk Sebab Kerana Memakai Kopiah

type='html'>Jika apa yang diberitakan ini benar lagi sahih maka adalah menjadi suatu kesalahan mana-mana pemandu bas Rapid memakai kopiah ketika bertugas.




Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon terhadap surat yang sudah pun berlegar ligat dan luas dialam maya demi pencerahan..





View the original article here

Monday 28 April 2014

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:

Sumber Surat: MyMediaHubOnline

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!

View the original article here

Wednesday 16 April 2014

Surat terbuka buat Ustaz Don kini tersebar

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaam a'laikum warah matullahi wabarakatuh.

Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati, moga anda dan keluarga berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah.

Wahai Ostad,

Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda:

 1. Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu
 2. Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik anda untuk itu. InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada. Cuma saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu. Sekiranya ada, bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini.



Wahai Ostad,

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertabayyun dengan anda, sepertimana yang diseru oleh anda sendiri. Secara spesifiknya tentang dakwaan anda yang nombor dua itu.

Untuk rekod, jujur saya sendiri tidak mendengar dan melihat video TiubAnda yang sudah menjadi viral itu. Saya hanya berkesempatan untuk menonton video balas anda, yang menjawab kritikan dan teguran orang ramai tentang dakwaan anda yang sungguh liar itu. Itu pon tak sempat nak habis. Maka tulisan ini banyak berdasarkan komen-komen dan tulisan yang saya baca di alam maya, juga borak-borak dan cakap-cakap mereka yang pernah menonton video itu dengan mata kepala mereka sendiri.

Oleh sebab itu, saya mohon maaf awal-awal, andai ada perkara-perkara yang disebutkan di sini tidak tepat dan tersasar daripada apa yang anda maksudkan. Untuk mengelakkan kontroversi dan daripada berlaku tidak adil kepada anda, apa yang akan saya tuliskan akan bersifat lebih umum dan meluas. Harapnya begitulah.

Wahai Ostad,

Sebelum itu, ingin saya jelaskan di sini, betapa saya amat menghormati anda. Anda merupaka figur agama yang amat diminati masyarakat. Anda sentiasa menjadi rujukan dan ikutan masyarakat dek besarnya pengaruh anda dalam kalangan mereka.

Malah saya sendiri pernah mendengar ceramah anda secara langsung suatu ketika dahulu. Jujur, saya amat terhibur dan kagum dengan perkongsian yang anda berikan. Apatah lagi anda berceramah ketika itu dengan memakai kot sepasang, lengkap dengan cermin mata hitam. Fuh. Anda adalah manifestasi bahawa untuk menjadi seorang ostad, tidak semestinya perlu sentiasa memakai serban dan jubah. Dengan pendekatan anda ini, anda telah berjaya menarik minat ramai anak muda untuk lebih dekat dan selesa dengan agama. Bukan anak-anak muda sahaja, malah makcik-makcik juga. Eh.

Oleh sebab itu, topi saya untuk anda. Bukan semua tokoh agama berjaya mencapai status dan kejayaan seperti yang anda kecapi sekarang.

Wahai Ostad,

Namun kebenaran tetap kebenaran. Meski pahit, saya wajib menegakkannya. Saya menulis ini dengan penuh sedar bahawa saya mengambil risiko yang besar untuk ditempelak dan dikritik habis-habisan oleh para peminat anda. Saya sanggup mengambil risiko itu.

Mungkin sudah banyak teguran dan kritikan yang ostad terima tentang isu ini. Saya tidaklah berniat untuk menambahkan lagi beban dan keserabutan pada anda. Namun saya merasakan, perlu untuk saya menyuarakan pendapat dan pandangan saya selaku wakil kepada ramai anak muda yang tidak bersetuju dengan kenyataan anda itu. Ok perasan la pulak bila masa kau orang lantik saya jadi wakil kan. Eheh. 

Saya bukanlah apa-apa. Bukan juga siapa-siapa jika hendak dibandingkan dengan anda. Saya hanyalah seorang insan yang masih lagi hingusan dan bertatih untuk menjadi seorang hamba yang diredhaiNya. Saya tiada sijil agama dari mana institusi pengajian. Juga tidak pernah mendapat tauliah untuk memberikan ceramah agama.

Yang saya ada hanyalah ilmu-ilmu yang saya perolehi dari bulatan gembira dan konferens riang yang saya hadiri. Juga kadang-kadang tu adalah bertalaqqi ilmu dengan seorang dua ostad yang saya kenali. Dan sudah tentu, banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada bacaan-bacaan yang saya lakukan. Selain itu, saya bukanlah seorang tokoh agama pada pandangan mata masyarakat.

Namun itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk menyuarakan rasa hati dan pendapat saya. Apatah lagi dakwaan dan tuduhan anda itu amat berat dan dekat dengan diri saya.

Wahai Ostad,

Dengan bersetuju malah menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Ali Jumaah yang menghalalkan darah ikhwan dan sesiapa sahaja yang menentang kerajaan di Mesir, anda telah membuat suatu kesilapan yang besar. Sebagai seorang figur yang berpengaruh dalam masyarakat, anda telah memberi isyarat bahawa darah seorang Muslim itu halal apabila dia menentang kerajaan yang memerintah.

Entahlah, mungkin ada hadith-hadith atau ayat-ayat al-Quran yang membenarkan hal tersebut, tetapi jika mahu diikutkan dengan ilmu saya yang seciput ini, hasil daripada pembacaan yang saya tidak seberapa ini, darah seorang Muslim itu amat tinggi nilainya di sisi Allah, malah lebih bernilai lagi daripada Kaabah di Mekah itu! 

"...bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia."

[al-Ma'idah, 5:32]

Sedangkan nyawa bukan Islam pon diangkat martabatnya oleh Islam, apakan lagi nyawa kita sesama Muslim.

"Ketika itu kami berada di tempat ibadah bukan Islam, lalu dilalukan di hadapan kami jenazah bukan Islam. Maka kami berdiri. Dikatakan kepada kami bahawa itu ialah mayat seorang majusi. Maka kami berkata kepadanya, “Sesungguhnya pernah dilalukan di hadapan Nabi SAW seorang jenazah bukan Islam, lalu Nabi SAW berdiri. Dikatakan kepada Nabi SAW bahawa itu adalah jenazah Yahudi, maka baginda berkata kepadanya, “Bukankah ianya juga adalah insan yang bernyawa."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Wahai Ostad,

Kalaupon benar ikhwan dan mereka yang menentang kerajaan itu adalah golongan bughah, takkanlah bunuh itu adalah satu-satunya solusi yang ada? Adakah darah dan nyawa saudara sesama Islam itu begitu rendah harganya, hanya kerana mahu menegakkan sebuah kerajaan yang zalim?

Dan jika benar Syaikh Ali Jumaah itu seorang ulama' yang adil dan mulia, mengapa dia tidak mengeluarkan fatwa yang sama ketika puak-puak tamarrud merancang makar-makar untuk menjatuhkan Presiden Mursi..?? 

Maaf, tapi saya langsung tidak boleh menerimanya apabila hujah anda untuk menyokong hujah Ali Jumaah adalah kerana dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kononnya, baginda lah yang mengarahkan agar dilakukan pembantaian kejam dan zalim terhadap penyokong Mursi dan penentang kerajaan al-Sisi. 

Aduhai Ostadku. 

Agaknya sebab itulah, pengasas Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hassan al-Banna datang dengan Usul 20nya, di mana pada Usul 3, dinyatakan dengan jelas:

"Iman yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke daalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama."

Usul ini amatlah relevan kerana rupa-rupanya di zaman ini, memang wujud ramai golongan yang mendakwa bermimpi itu dan ini untuk menjustifikasikan tindakan atau rancangan mereka yang terang tang tang menyalahi syarak! Menggunakan hujah mimpi untuk kepentingan diri sendiri!

Lahawla wala quwwata illa billahil 'alliyil adzim.

Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini. 

Tak cukup dengan Dr. Asri, Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama' kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini.

Wahai Ostad,

Berkaitan dengan isu salafi dan wahhabi ini, saya mahu bertanya kepada anda. Jika benar lah ahli ikhwan itu ramainya terdiri daripada golongan salafi dan wahhabi, mengapa di Mesir itu mereka tidak sertai sahaja parti Salafi an-Nur, yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh merupakan jemaah dan perkumpulan golongan Salafi? 

Adakah mereka itu musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin? Sungguh, saya tidak dapat mengotakkan fakta itu.

Lucu sekali apabila difikirkan, selama ini geng-geng salafi sering menuduh ikhwan sebagai ahli bidaah. Di satu pihak pula, geng-geng tarikat sufi menuduh ikhwan sebagai salafi dan wahhabi. Yang untung siapa? Musuh-musuh Islam yang menyaksikan perbalahan sesama Muslim ini dengan penuh riang gembira dan keterujaan sambil makan popkon panas perisa karamel masin.

Saya hanya mampu menggeleng kepala.

Wahai Ostad,

Poinnya adalah, anda adalah seorang figur yang disegani oleh ramai orang dan sebahagian besar daripada masyarakat di Malaysia ini. Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda katakan, apatah lagi apabila ia memberi pengaruh yang besar kepada sudut pandang dan perspektif mereka.

Dengan mengatakan ikhwan itu wahhabi, anda secara efektifnya juga telah melabel semua orang yang menyertai bulatan gembira (Baca: Usrah) itu juga wahhabi. Itu adalah satu tuduhan berat yang tidak boleh diterima akal. Dan disebabkan oleh anda yang cukup berpengaruh itu, tidak mustahil sekiranya ada orang yang akan lari dan menolak ajakan-ajakan untuk menyertai bulatan gembira kerana takut dilabel sebagai salafi dan wahhabi. Aduhai.

Oleh sebab itu saya katakan di awalan tadi, tuduhan/dakwaan anda itu amat berat dan sangat dekat dengan saya dan saya yakin, berat dan dekat juga dengan ramai lagi orang di luar sana. 

Anda menyeru agar asatizah dan ramai orang di luar sana untuk bertabayyun dengan anda. Bagaimana pula sikap anda dengan ikhwan? Apa mereka tidak layak untuk mendapat tabbayun daripada anda? Adakah anda sudah meneliti fakta-fakta yang ada, membuat kajian dengan terperincinya, sebelum membuat tuduhan yang semberono yang sebegitu rupa?

Wahai Ostad,

Izinkan saya menutup penulisan ini dengan sepotong hadith:

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Harapnya anda dapat menerima teguran ini dengan baik dan berlapang dada. Tidaklah ada niat lain saya menulis ini melainkan sebab rasa hormat dan kasih saya kepada anda fillah. 

Moga anda dapat merenungi kembali dakwaan dan kata-kata anda yang menimbulkan kontroversi itu. Dan sekiranya perlu, saya amat berharap anda dapat menarik kembali kenyataan anda itu dan membuat permohonan maaf kerana sungguh, anda telah mengguris banyak hati dan perasaan di luar sana. 

Dan sekiranya saya telah mengguris hati atau perasaan anda atau keluarga, saya memohon maaf sesungguhnya. Bukan untuk mencari populariti. Bukan juga untuk mendamba publisiti. Cuma saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat anda yang satu ini dan saya merasakan perlu untuk saya menyampaikannya.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, anda dan kita semua, biidznillah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Inche gabbana
Angel Pakai Gucci 


Nota kaki berkematu : Surat ini bukanlah ditujukan pada Ostad Don sangat pon. Jika dia baca, alhamdulillah. Jika tidak pon, alhamdulillah.

Nama pon surat terbuka. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang faham konsep surat terbuka. 

Penulisan ini lebih ditujukan kepada anda semua di luar sana, bagi meluruskan salah faham yang mungkin timbul sebagai kesan langsung daripada video Ostad Don itu. Sebab saya tahu, peminat Ostad Don sangat ramai. Maka sangat tidak adil sekiranya mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. 

Video itu dibuat secara terbuka dan disebarkan kepada umum. Arakian surat ini juga bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh membacanya. Tiada serangan peribadi terhadap Ostad Don dan tidak pula saya memburuk-burukkannya. Tidak timbul soal saya perlu menghantar surat ini secara peribadi kepadanya.

Allahu ta'ala a'lam. Saya terus meraikan dan menghargai sebarang kritikan dan teguran. Tegurlah saya, agar hati saya tidak mati.

Moga Allah redha. Kerana akhirnya, itulah saya yang kejar, itulah yang saya damba. 

Aman, tanpa perang

sumber