Pages

Showing posts with label Penjawat. Show all posts
Showing posts with label Penjawat. Show all posts

Monday 7 July 2014

Gambar Penjawat Awam Meninggal Di Bazaar Putrajaya


 













Macam-macam kes kematian sekarang, terbaru semasa di Bazaar Ramadhan suatu kejadian yang tidak diigini telah berlaku ke atas penjawat awam. Ikuti laporannya dibawah :



Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.

Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.

Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.





P/s : Kepada semua yang diluar sana diharap berhati-hati semasa hendak membeli juadah berbuka.





Via-MMH

View the original article here

Friday 20 June 2014

Nedim Nazri Penjawat Awam Yang Memiliki Kereta Lamborghini RM2.8 Juta??

Nedim Nazri Aziz Pandu Lamborgini Aventador : Mungkin inilah yang dikatakan “tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.

Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?

Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.

Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau “mampu” mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……

Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer “milik seseorang” dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……




Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)













Berapa gaji anda sebagai kakitangan awam? Nedim Nazri Aziz mampu bayar bayaran bulanan secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan. Anda mampu?

P/S : Tiba-tiba Berita Semasa laporan berita yang pernah keluarkan 2 tahun talu sekitar Januari 2012, apabila terdapat seorang menteri yang tampil memberikan kenyataan tegas (DI SINI) bahawa mendedahkan aset dan harta menteri “membahayakan“? Apa yang beliau maksudkan “membahayakan”? Ehem…..


Sumber











PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



View the original article here

Monday 28 April 2014

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:

Sumber Surat: MyMediaHubOnline

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!

View the original article here