Pages

Showing posts with label Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Meninggal. Show all posts

Saturday 30 August 2014

Wanita Meninggal Sebab Doktor Lupa Beritahu Dia Hidap Kanser



New Zealand – Seorang doktor terpaksa memohon maaf kepada sebuah keluarga selepas dia terlupa memaklumkan kepada pesakitnya bahawa wanita itu menghidap kanser payu dara.

Sebaliknya doktor berkenaan hanya memaklumkan kepada wanita itu bahawa tendon di bahagian bahunya terkoyak ketika dia mendapatkan rawatan kerana kesakitan di bahagian bahu.

Wanita itu hanya diberikan suntikan steroid dan diminta kembali ke hospital jika sakit di bahunya kembali sakit. Dia kemudiannya meninggal dunia.

Mengikut rekod, wanita itu pernah menjalani rawatan kanser pada 2003, dan mengunjungi doktor tersebut pada 2009 kerana mengadu sakit bahu.


Doktor terbabit yang mengetahui bahawa wanita itu merupakan bekas pesakit kanser, hanya merujuknya kepada x-ray, yang kemudiannya mendedahkan tendonnya koyak, dan kemungkinan disebabkan kanser kembali merebak.

Dalam inkuiri yang dilakukan, doktor itu mengaku terlupa memaklumkan kemungkinan barah itu merebak.
Doktor tersebut kini dirujuk ke bahagian perundangan untuk tindakan susulan.
View the original article here

Thursday 28 August 2014

Lelaki Tertinggi Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 44 tahun



LONDON – Lelaki yang dipercayai paling tinggi di dunia meninggal dunia semalam pada usia 44 tahun.
Leonid Stadnyk, yang dikatakan terlalu ‘pemalu’ sehingga enggan diukur untuk membolehkannya direkodkan dalam buku rekod dunia Guinness dipercayai 21 inci lebih tinggi daripada bekas pemain bola sepak England Peter Crouch.

Petani yang berasal dari perkampungan Podoliansty, Ukraine, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pendarahan otak akibat masalah kesihatan berlanjutan.

Stadnyk pernah dilaporkan berkata: “Pada saya, ketinggian luar biasa ini satu sumpahan, hukuman daripada Tuhan. Ia bukannya sesuatu yang patut dibanggakan.


“Saya tidak tahu apa dosa dilakukan sehingga dihukum sebegini. Sepanjang hidup ini saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya tidak mahu terkenal disebabkan ketinggian luar biasa ini dan tidak ingin direkodkan dalam buku rekod Guinness,” katanya.

Malah, dia juga tidak pernah berkahwin kerana bimbang membawa kesusahan kepada pasangannya.
Stadnyk mula menunjukkan ketinggian luar biasa pada usia 12 tahun apabila ketumbuhan tidak berbahaya dalam otaknya mengakibatkan badannya mengeluarkan hormon pembesaran berlebihan.

Pada satu masa, keadaan dihidapinya itu yang dikenali sebagai ‘giganticism’ menyebabkan dia membesar hampir satu kaki setiap tiga tahun.

Dia juga memakai kasut bersaiz 27 (mengikut ukuran United Kingdom) disebabkan kakinya berukuran hampir 18 inci manakala tapak tangannya mempunyai ukur lilit lebih sekaki.

Jurucakap Guinness berkata, pihaknya memutuskan untuk menyenaraikan warga China Xi Shin sebagai lelaki tertinggi dunia pada ketinggian hampir 7 kaki 9 inci disebabkan keengganan Stadnyk memberikan kerjasama.- Agensi

View the original article here

Monday 14 July 2014

ARTIS TEMPATAN YANG MENINGGAL DI USIA MUDA

SELEBRITI TEMPATAN YANG MENINGGAL DI USIA MUDA | Berikut adalah beberapa nama yang sempat admin kumpulkan. Sedekahkan Al-fatihah kepada mereka.


Yanie Mentor

P/S : Gambar arwah Yanie terpaksa diblurkan (aurat) bagi menghormati arwah dan keluarga arwah.

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.


Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas.

Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.


Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010.

Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.


Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)

P/S : Gambar arwah bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya dan kakitangan Sosilawati terpaksa diblurkan (aurat) bagi menghormati arwah dan keluarga arwah..

Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47.

Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek.

Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya.

Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Faizal Yusof

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia.

Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

View the original article here

Wednesday 9 July 2014

Pegawai Polis ditekan pihak atas kini telah meninggal dunia

type='html'>Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-




1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur pada haribulan 2007
Di hadapan saya, Pesuruhjaya Sumpah

Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," kata Zahid Hamidi
http://m.malaysiakini.com/news/267883.html

Kini Mior Fahmi Bin Ahmad telah mati meningal dunia:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/18/umrah-terakhir/

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_07/Pegawai-polis-ditemui-lemas-di-Sungai-Tengku-Gerik

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Sumber cerita: http://www.malaysia-today.net/statutory-declaration-of-asp-mior-fahim-bin-ahmad-g13237/





View the original article here

Monday 7 July 2014

Gambar Penjawat Awam Meninggal Di Bazaar Putrajaya


 













Macam-macam kes kematian sekarang, terbaru semasa di Bazaar Ramadhan suatu kejadian yang tidak diigini telah berlaku ke atas penjawat awam. Ikuti laporannya dibawah :



Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.

Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.

Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.





P/s : Kepada semua yang diluar sana diharap berhati-hati semasa hendak membeli juadah berbuka.





Via-MMH

View the original article here

Saturday 17 May 2014

Punca sebenar bapa Rita Rudaini meninggal dunia

Punca sebenar bapa Rita Rudaini meninggal dunia - Pelakon terkenal Rita Rudaini dikejutkan dengan pemergian bapa tirinya, Johari Joned, 66, kira-kira jam 5 petang tadi di Hospital Kangar, Perlis.

Allahyarham yang berkahwin dengan ibunya, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an adalah individu yang bertanggungjawab membesarkan Rita sejak kecil lagi.

Menurut Utusan Malaysia, kematian Johari berpunca daripada penyakit jantung yang dihadapinya sejak lima tahun lalu. Meskipun pernah menjalani penbedahan pintasan jantung sebanyak dua kali namun masih gagal menyelamatkan beliau.




View the original article here

Thursday 15 May 2014

Gambar sekitar penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat

Gambar sekitar penumpang AirAsia X meninggal dunia - Seorang penumpang pesawat AirAsia X disahkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur pada Jumaat. Keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Pihak berkuasa yang turut dimaklumkan mengesahkan telah menerima laporan dan kini sedang menyiasat punca kematian mangsa selepas sejam berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Jeddah. Takziah diucapkan kepada keluarga.






View the original article here

Tuesday 6 May 2014

INALILLAH - AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA JAM 2 PAGI

Di pagi ini kita di kejutkan pula akan kehilangan seorang lagi seniman vateran yangtidak asing sekali dengan filem bujang lapok iaitu Aziz Sattar iaitu pelakon yang dulunya berganding dengan P.Ramlee dan juga S Shamsuddin yang juga meninggal dunia pada tahun lepas.


Dikhabarkan oleh Berita harian pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Sebelum itu, pada malam kelmarin Allayarham telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat serangan jantung. Pada tengah hari semalam, Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, mengesahkan bapanya dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya dilaporkan stabil.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,"

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Wednesday 19 March 2014

Bayi Melecur Akibat Alahan Ubat Meninggal Dunia

type='html'>ALOR SETAR: Bayi berusia sembilan bulan yang melecur seluruh badan dipercayai akibat alahan ubat yang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Feb lalu meninggal dunia pada Isnin.
Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi Isnin selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.

Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat 'Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic Eczema' (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.

"Selepas mendapatkan rawatan di HSB pada 25 Feb lalu, keadaan dia semakin pulih dan pada 5 Mac lalu, Ketua Puteri Umno Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor telah membantu kami membawa dia ke Kedah Medical Centre (KMC) bagi mendengar pandangan daripada doktor pakar kulit di situ.

"Selepas diperiksa, doktor di KMC menyuruh kami membawa dia ke HSB semula kerana sudah mempunyai rekod pemeriksaan di sana. Apabila dibawa ke HSB semula, dia ditahan di dalam ICU selama 10 hari sebelum meninggal dunia pagi Isnin," katanya kepada pemberita di kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut di sini.



Khairul Nizam berkata pada Sabtu lalu doktor telah memberitahunya dan isteri bahawa peluang untuk bayi mereka hidup hanya 50/50.

"Pada pukul 11 malam Ahad, keadaan dia semakin lemah dan sekitar pukul 12 pagi, doktor memberitahu bahawa jantung anak saya terhenti sementara sebelum mereka berjaya memberikan bantuan oksigen tetapi sejam kemudian keadaan semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata dia akan berbincang dengan anggota keluarganya sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta yang telah menyebabkan kematian anaknya.

Isterinya Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata sebelum Muhammad Nasrullah meninggal dunia, dia berasa tidak sedap hati ditambah pula melihat berat badan anaknya turun mendadak daripada 9.6 kilogram kepada 6. 3 kilogram dalam tempoh 10 hari.





"Tiga hari kebelakangan ini hati saya tidak sedap kerana saya lihat perubahan dia semakin letih dan tidak mahu minum susu seperti sebelum ini. Tapi dia tidak menangis kesakitan dan hanya merenung wajah saya.

"Saya tidak dapat bersama dengan dia sepanjang dia berada di dalam ICU. Saya hanya dapat memegang semasa menyusukan dia dan kali terakhir saya melihat dia pada pukul 1 pagi sebelum dia meninggal dunia 25 minit kemudian," katanya.

Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Buluh di sini pada pukul 9 pagi Isnin.

Pada 16 Feb lalu, badan bayi itu didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberi sebuah klinik swasta di sini ketika mendapatkan rawatan akibat ruam sebelum dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut.

Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here