Pages

Showing posts with label TERAKHIR. Show all posts
Showing posts with label TERAKHIR. Show all posts

Friday 28 November 2014

Antara foto-foto terakhir Yuna dan Julian Schratter sebelum berpisah

Tak dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya kian dikenali di Amerika Syarikat.

Terbaharu, Yuna bakal muncul dalam program E!News Asia Special yang memaparkan perjalanan kerjaya seni dan juga kehidupan peribadinya.

Namun di sebalik kecemerlangan karier, Yuna nampaknya kurang bernasib baik bab percintaan.

Jika sebelum ini Yuna agak keberatan berkongsi kisah peribadinya lebih-lebih perihal cinta, namun akhirnya penyanyi berusia 28 tahun ini mendedahkan hubungan istimewa dengan jurukamera kacak, Julian Schratter telah pun berakhir.

Tanpa selindung Yuna menyifatkan kesibukan dalam bidang nyanyian menjadi penyebab utama kepada kegagalan hubungan tersebut.

“Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.

“Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.

“Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,”
katanya, memetik laporan Malaysian Digest.










View the original article here

Tuesday 20 May 2014

Doakan kami untuk kali yang terakhir - Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah?

Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah - Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.

Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hubungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan dalam pertimbangan untuk bercerai.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir? Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?












View the original article here

Tuesday 29 April 2014

Transkrip komunikasi terakhir #MH370 dengan menara kawalan didedahkan!

Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.


Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36. 

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq. 

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat mungkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang hingga ke hari ini. -Astro Awani

Sumber: 

1. http://www.astroawani.com/news/show/mh370-komunikasi-54-minit-terakhir-didedahkan-the-telegraph-32295?cp
2. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10714907/Revealed-the-final-54-minutes-of-communication-from-MH370.html

View the original article here

"KAU TAKKAN JUMPA KUBUR ATAU PUSARAKU" - GURAUAN TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE



"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku", itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza. 

Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.


“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370', Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

View the original article here