Pages

Showing posts with label Kapal. Show all posts
Showing posts with label Kapal. Show all posts

Thursday 7 August 2014

Kapal Laut Yang Menakjubkan Mampu Untuk Tenggelam Dan Timbul Di Dalam Air



Heavy-lift ship adalah sebuah kapal yang direka untuk menggerakkan beban yang sangat besar yang tidak boleh dikendalikan oleh kapal-kapal biasa.

Kapal sepatutnya terapung di atas air. Betul? Tidak bagi yang satu ini. Ia menghabiskan semua masa di bawah air dengan sengaja. Melakukan kerja yang kita tidak dapat dijangkakan. Menakjubkan.

Ini adalah Blue Marlin, Sebuah kapal separuh submerging mampu mengangkat kapal lain keluar dari air dan mengangkut ia.




















View the original article here

Monday 21 July 2014

Seram : Suara bekas 'anak kapal'

SEKALI lagi, Malaysia dikejutkan dengan tragedi malang yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17, setelah ditembak dan terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

Belum pun misteri MH370 terungkai, peristiwa ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan mereka yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin. Bagi empat selebriti popular, Ziana Zain, Faezah Elai, Danny X-Factor, tragedi itu nyata beri kejutan mendalam buat mereka yang pernah bekerja di awan biru.

'Suami saya mengigil' - Ziana Zain

Pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai pramugari, penyanyi terkenal Ziana Zain, meluahkan rasa terkejut di atas insiden MH17. Jelasnya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu setelah mendapat mesej daripada rakan suaminya, Armin Zahari yang merupakan seorang pramugara Mas.

“Masa Armin beritahu mengenai tragedi itu, saya lihat tangan dia menggigil.

“Kemudian dia suruh saya buka siaran CNN dan saya sendiri terkejut melihat apa yang dilaporkan di televisyen,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai insiden MH17 selepas program bersama Safi Rania Diamond di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, petang semalam.

Akui duta Safi Rania Diamond ini, suaminya tidak menyangka perkara itu berlaku kepada rakan-rakanya sendiri.

“Mereka baru sahaja berjumpa dan sehingga kini pun saya sendiri masih berhubung dengan rakan-rakan lama.

“Kami memang rajin telefon dan berhubung antara satu sama lain,” kata Ziana yang juga merupakan bekas pramugari di Mas.

Tambah pelantun lagu Madah Berhelah ini, melihat tragedi ini, dia semangnya berasa hiba dan sedih kerana insiden MH 370 masih belum terjawab.

“Memang yang berlaku sudah tertulis, jadi saya minta masyarakat jangan salahkan sesiapa.

“Tak perlu curahkan lagi minyak ke dalam api, lebih baik kita sama-sama doakan mangsa kejadian ini selamat dan tenang di sana,” katanya.

Hentikan spekulasi

Menurut Ziana, ajal dan maut tiada siapa yang tahu dan kita sendiri tidak tahu bila dipanggil ALLAH S.W.T.

“Tak perlu tambah tokok cerita mengenai kejadian ini, bukan masanya kita hendak salahkan sesiapa.

“Apa yang berlaku adalah takdir, yang penting sekarang kita bersatu,” ujarnya.

Tambahnya, bahaya ada di mana-mana bukan ketika menaiki kapal terbang sahaja.

“Bila masuk kawasan perang ni, macam-macam boleh berlaku, hentikan sahaja spekulasi.

“Saya tak nak lihat kerana kejadian ini kita sama-sama manusia bergaduh,” katanya lagi.

Danny risau keselamatan isteri

Insiden MH17 turut dirasai pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 34, yang juga pernah bertugas sebagai pramugara MAS. Lebih memberi kesan apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria, 28, masih berkhidmat sebagai pramugari di Air Asia X.

Nyata tragedi demi tragedi yang melibatkan pesawat di negara ini, menimbulkan kerisauannya terhadap keselamatan isteri tersayang.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd. Khardanie Anwa, memberitahu, sebaik sahaja insiden terbaru ini berlaku, dia terus menghubungi Zaidatul yang ketika itu berada di Melbourne, Australia.

"Selepas mendengar berita kapal MAS terhempas, hati saya tidak keruan dan bimbang dengan nasib isteri.

"Alhamdulillah, isteri selamat dan tiada apa-apa perkara buruk menimpanya," katanya.

Dek berita tergempar itu juga, Danny tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan nasib yang menimpa keluarga dan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, peristiwa lepas (MH370) membuatkannya lebih peka dengan kejadian seperti itu dan berita terbaharu ini, dia sedar bahawa ajal tidak mengenal sesiapa.

"Semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku kita jadikan iktibar dan muhasabah diri agar sentiasa ingat mati itu bila-bila masa sahaja," katanya.

Sambung Danny, masa yang sama dia juga khuatir dengan teman rapatnya yang merupakan kru kabin MAS berada dalam penerbangan sama.

"Saya cuba hubungi dia selepas pengumuman MH17 terhempas namun tidak berjawab walaupun banyak kali dan setiap kali panggilan dilakukan masuk ke dalam 'voice mail'.

"Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp dan menyatakan dia tidak bertugas dalam penerbangan MH17," katanya lega rakan baiknya itu tidak terlibat sama dalam nahas udara tersebut.

Pernah berdepan situasi cemas

Bercerita mengenai pengalamannya yang pernah berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS, Danny berkata banyak pengalaman manis yang dikutip dalam tempoh tersebut.

Danny memberitahu, pendapatannya ketika itu boleh mencecah sehingga RM8,000 dan berpeluang menunaikan umrah di Makkah.

Malah dia berpeluang melancong ke serantau dunia dengan beberapa pesawat jenis Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

Bagaimanapun, tugas di awan biru bukanlah semudah yang disangka atau sekadar meraih keseronokan semata-mata. Ujar Danny dia pernah melalui saat getir apabila pesawat yang dinaiki berdepan cuaca buruk dan hujan lebat. Situasi itu menyebabkan perjalanan pesawat tidak lancar dan menimbulkan rasa panik di kalangan penumpang.

"Sebagai anak kapal, saya dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini.

"Apa saja kecemasan yang berlaku, saya perlu mengawal situasi agar tidak berlaku huru-hara dalam kapal," katanya.

Danny berkata, dia juga pernah berdepan situasi di mana pesawat tidak dapat mendarat tetapi berlegar-legar di udara buat seketika sehingga pendaratan dibenarkan. Jauh di sudut hati, dia juga khuatir dan cemas dengan apa yang bakal dihadapi. Namun tanggungjawab sebagai kabin kru membuatkan dia cekalkan hati.

"Ketika ini, penumpang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di luar sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan melayan persoalan mereka dengan tenang dan menyuruh penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan," ujarnya.

Keputusan 'berhenti' memang tepat - Faezah Elai

Bersimpati dengan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas MH17, pelakon Faezah Elai, menyifatkan insiden ini sebagai satu trauma yang besar buat seluruh masyarakat Malaysia. Bagaimanapun dia tetap bersyukur rakan-rakan seangkatannya ketika bertugas dengan MAS tidak terlibat dalam kejadian itu.

Menurut Faezah, kebanyakan kru yang bertugas dalam penerbangan itu merupakan 'juniornya'. walaupun tidak mengenali secara rapat, namun dia tetap bersimpati dengan apa yang berlaku.

Malah dia benar-benar terkejut sebaik sahaja berita nahas itu diumumkan di media massa dan elektronik.

"Dalam hati saya ketika itu, saya yakin keputusan untuk berhenti kerja dengan MAS adalah tindakan tepat.

"Mendengar berita ini sahaja, badan saya menggigil dan perasaan takut tiba-tiba datang.

"Saya sedar ajal itu di tangan ALLAH SWT dan saya bersimpati dengan apa yang berlaku," katanya.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Faezah berkata pihak pengurusan MAS sangat tegas dan prihatin dalam hal berkaitan keselamatan. Tegasnya, sikap segelintir individu yang cuba menyalahkan MAS dalam hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak wajar sama sekali.

"Mati itu pasti. Kalau sudah ditakdirkan kita tidak mungkin dapat lari daripada maut.

"Paling penting, jangan salahkan MAS dalam perkara ini sebagaimana yang berlaku ketika kejadian MH370," katanya.

Atasi situasi panik

Sementara itu, Faezah turut berkongsi pengalamannya ketika berhadapan dengan situasi mencemaskan ketika bertugas.

Katanya, dek cuaca buruk, lampu pesawat tiba-tiba terpadam dan tempat simpanan barang terbuka menyebabkan beg-beg penumpang jatuh.

"Saya tidak panik atau fikir perkara buruk menimpa kami sebaliknya dengan tenang membantu menyimpan semula barangan.

"Mungkin sudah terbiasa dengan cuaca sebegitu, saya rasakan tiada apa yang perlu ditakutkan," katanya yang bertugas selama tiga tahun dengan MAS

Dalam masa yang sama, dia juga berkesempatan 'terbang' jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang dinaikinya dalam tempoh itu adalah Boeing 737, 777 dan 747.

Kata pelakon filem Tanda Putera itu, dia menjalani sesi 'briefing' sebelum terbang dan jika gagal menjawab soalan yang diajukan Ketua Pramugara atau juruterbang, tidak dibenarkan sertai penerbangan itu.

"Ketika bertugas, saya seolah-olah otak 'dicuci' dan sentiasa positif jika berhadapan dengan perkara sebegini.

"Perasaan takut atau gementar tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya mahu melakukan tugas dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Nazim tak serik ke luar negara

Biarpun ketika ini ramai yang takut untuk ke luar negara, berbeza dengan pelakon, Nazim Othman yang tidak serik untuk ke luar negara.

Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, Nazim menegaskan perkara tersebut tidak menjejaskan percutiannya nanti.

Bahkan, dia sempat berseloroh bahawa mahu menempah tiket penerbangan untuk bercuti selepas raya ini.

"Bagi saya, peristiwa ini tidak mengganggu aktiviti pelancongan saya. Bahkan selepas Syawal nanti, saya ingin terbang ke luar negara untuk bercuti.

"Selepas kejadian MH370, saya tidak menyangka Malaysia akan dilanda satu lagi kejadian menyayat perasaan.

"Saya juga mohon kepada mereka yang di luar sana agar tidak mengulangi kejadian lepas. Jangan sebarkan sebarang spekulasi sebaliknya tunggu pengumuman daripada pihak berkuasa," katanya.

Dia juga berharap perkara ini tidak dijadikan sebagai bahan politik atau gurauan semata-mata.

"Hormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini," katanya.

Masyarakat perlu positif

Menurut Nazim, sepanjang dia berkhidmat dengan MAS selama lima tahun sebagai pramugara, tiada peristiwa yang begitu menakutkan terjadi kepadanya.

"Pengalaman seperti cuaca buruk adalah perkara biasa yang berlaku. Setiap kru kabin pasti akan mengalaminya.

"Gegaran kuat atau 'air pocket' merupakan situasi yang sering dihadapi ketika bertugas tidak kira ke mana destinasi," katanya.

Tambahnya, sepanjang bertugas sebagai kabin kru tidak ada pula kejadian nahas udara melibatkan pesawat Malaysia.

"Jika sebelum ini kita diuji dengan kehilangan MH370, kali ini pula dengan berita MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

"Walaupun tidak mengalami pengalaman buruk atau detik cemas, saya berharap selepas ini tiada lagi perkara sebegini berlaku," katanya.

Dia percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

"Mungkin ALLAH SWT mahu menguji kita. Sebaik-baiknya kita teruskan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

View the original article here

Wednesday 30 April 2014

6 JAWAPAN BALAS KEPADA STATUS KONTROVERSI 'KAPAL SELAM' DR. MAZA



Dr. Maza mencetuskan satu lagi kontroversi melalui status terbaru di laman page Facebook beliau. Dalam status itu, Dr. Maza seolah-olah mempertikaikan penggunaan kapal selam milik negara yang didakwa tidak berfungsi dan tidak memberi sumbangan dalam misi pencarian pesawat MH370.


Status isu kapal selam scorpene


Namun, ramai pengguna media sosial tidak gemar dengan status berkenaan kerana didakwa mengelirukan fakta sebenar. Seorang pengguna Facebook tampil menjawab status tersebut dengan memberikan hujah balas seperti dibawah:


1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!



3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?


Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.


4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.


Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.


5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.

6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.


Walaubagaimanapun, status kontroversi Dr.Maza didapati telah dipadam. Pengguna Facebook dilihat memberikan komen yang bercampur aduk dalam isu itu berikutan kurangnya pengetahuan dan maklumat fungsi sebenar penggunaan kapal selam milik negara kita.

View the original article here

Wednesday 26 March 2014

Gambar Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Perang Tercanggih Di Dunia

type='html'>Cabaran semakin hampir dan sukar apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas dan seolah olah mengamuk dengan kehadiran kapal pencarian dan kapal perang terbaik didunia.





Dengan ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ungkapan dari Kapten Nik Huslan :

Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.

“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.

“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara  bersama Astro Awani.

Kapten Nik Berkata keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang  walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi  pencarian menggunakan mata kasar.

Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.

Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.

Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa  bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.

“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.

“Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.

Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka  perlu menjalani ujian.

Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.

Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.

Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.

Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.







Ini mungkin sesuatu yang sukar untuk kita menerima kehilangan MH370 hanya berakhir di lautan hindi, namun sebagai orang yang beriman tetap menyakini Qada’ dan Qadar yang telah diatur dan disusun oleh Allah, maka keyakinan kita semakin teguh dalam ketaatan kerana sesuatu itu semuanya dalam genggaman kekuasaanNya, moga Allah merahmati kalian yg gugur di samudera lautan itu sebagai hamba Allah yang soleh wahai penumpang dan anak kapal mukmin.. kesedihan dengan apa yang terjadi kepada 239 anak kapal MH370.


Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Tuesday 18 March 2014

Tragedi MH370. Baca Kenyataan Ini Dulu Sebelum Anda Berfikir Untuk Menyalahkan PKR Atau Pilot Kapal "

type='html'>




BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. 

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar

Media kawalan UMNO BN telahpun memberi amaran jangan politikkan isu kehilangan MH370. Tetapi pada pengamatan aku blogger UMNO dan juga penyokong-penyokong UMNO sendiri sudah menyalahkan PKR. 


Kita masih tidak mengetahui apakah nasib yang menimpa crew dan juga penumpang MH370. Blogger UMNO juga telah mengaitkan kehilangan sehari sebelum penerbangan Kapten Zaharie ke Beijing apabila isteri dan anaknya telah meninggalkan rumahnya. Cubalah jangan timbulkan spekulasi, boleh saja dia balik kampung bersama anaknya kerana Kapten Zaharie hendak berlepas pada sebelah paginya ke Beijing. 

Papagomo juga tidak kurang hebatnya apabila secara terang-terang mengaitkan insiden ini dengan PKR. Tak puas lagi kalah saman 800 ribu kerana fitnah masih nak buat lagi kerja fitnah, dunia-dunia akhir zaman. 

sumber

View the original article here