Ia pasti satu pengalaman yang menyeramkan bilamana menjamu selera di sebuah restoran di India yang dibina di atas tapak perkuburan lama.
Menurut Krishan Kuttin, pemilik restoran berkenaan, tempat itu baik untuk perniagaan dan dia memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.
Ekoran dari konsepnya yang 'pelik' itu, perniagaannya semakin meningkat dan berkembang kerana ia memberikan satu pengalaman yang unik kepada pengunjung restorannya.
"Asalkan pelanggan tidak kisah, perniagaan tetap diteruskan" kata Krishan
Krishan sendiri tidak mengetahui siapa pemilik tanah perkuburan itu. Menurut penduduk di sekitar, tempat itu menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad yang ke 16. Terdapat 12 kubur dalam restoran berkenaan.
Setiap hari sebelum mula beroperasi, pekerja Krishan akan membersihkan kubur itu dan menghiasinya dengan bunga-bunga segar sebagai tanda penghormatan.
No comments:
Post a Comment