Aku
sangat sangat sangat tertarik dengan apa yang diutarakan oleh mereka
neh. Siyes. JPJ patut ubah saja peraturan bodoh ini. Adakah peraturan
ini sengaja dikuatkuasakan untuk mereka collect duit semata2?
Bahkan
kat Malaysia neh aku rasa terlalu banyak peraturan2 yang mengarut
sebenarnya. Contohnya peraturan lelaki tak boleh berambut panjang
'sedikit' kat sekolah. Itupun aku rasa nak lawan habis-habisan. Apa
kaitan rambut dengan kebijaksanaan? Siyes peraturan2 seumpamanya ini
sudah sepatutnya dinyahkan dari negara kita.
Ayuh lawan.
Baca ;
Kebanyakkan
kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat
letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran
bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup
dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau
pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji
oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi
menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal
seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.
Dalam konteks
penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak
JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
•
Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan
jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang
boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara
kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula
dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa
ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya
di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang
pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ?
Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi
terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang
seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana
pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di
keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang
dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan
mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh
menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi
saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin
keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami
dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV
kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang
berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat
biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka
sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali
mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini
dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak
dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ
kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta
lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
•
Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan
yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan
berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ
sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh
membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal
ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau
peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju
dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang
mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami
sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki
kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil
tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak
diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan
budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Justeru itu
kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE
MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH :
alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk
mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan
double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama
berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak
kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita
sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh
meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya
perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi
ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit
sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan
dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk'
dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada
kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah
tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo
tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan
oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap
pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap
berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian
jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan
ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan
mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi
ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.
Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring
slogan Rakyat Didahulukan.
P/S--Haramkan sahaja Penjualan Tinted diMalaysia kalau JPJ tak nak tukar akta
No comments:
Post a Comment