Pages

Friday, 28 March 2014

TONY FERNANDEZ: JURUTERBANG 'SETAHUN JAGUNG' AIRASIA DIGANTUNG TUGAS



Juruterbang yang mencetuskan kontroversi di laman Facebook beberapa hari yang lalu telah disahkan digantung tugas oleh Group CEO AirAsia, Tony Fernandez.


"Dia (Krish Jejendira) telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," tweet Tony di Twitternya.

Azran Rani Osman selaku Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia X juga menjelaskan bahawa Krish telah melanggar arahan khusus untuk tidak memberikan sebarang pandangan atau komen secara terbuka mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut Azran, arahan itu dikeluarkan agar tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat.

Juruterbang AirAsia, Krish Jejendira sebelum ini memuatnaik status di Facebook miliknya berikutan tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan bahawa MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi.

Katanya, pengumuman seperti itu tidak boleh dibuat kerana tiada bukti yang kukuh. Krish juga turut mendakwa kerajaan sengaja menyembunyikan banyak perkara mengenai insiden MH370 dari orang awam.

Status Facebooknya itu menjadi viral di media sosial dan menyebabkan Krish terpaksa mengambil tindakan untuk menutup akaun Facebooknya serta merta seperti yang dilaporkan oleh Mazidul Akmal.

Apa yang membangkitkan ketidakpuasan hati orang ramai adalah tindakan Krish menuduh kerajaan menyembunyikan perkara sebenar dan penggunakan kata-kata yang kesat di statusnya itu.

View the original article here

No comments:

Post a Comment