Pages

Friday, 28 March 2014

TAHUKAH ANDA, BAGAIMANA INMARSAT MENENTUKAN LOKASI SEBENAR #MH370?



KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MH370 menghantar Ping atau bahasa mudahnya, komunikasi elektronik (Handshake) kepada satelit adalah pada jam 8.11 pagi. Menandakan pesawat itu masih berada di ruang udara, namun tiada maklumat data mengenai lokasi dan kelajuan kapal terbang tersebut.



Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.


Satelit 3-F1 milik syarikat Inmarsat adalah merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk bagi industri penerbangan. Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari dan bergerak ke atas ke bawah ekuator


Sebelum Inmarsat berjaya menentukan lokasi sebenar MH370 berakhir, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi planet bumi.


Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan pesawat, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping


Dengan menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370.


Namun, kaedah itu tidak berjaya. Inmarsat mengambil alternatif menggunakan kesan doppler.


Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.


Menggunakan kekerapan signal Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.


Persoalannya, berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?


Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.


Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai. - ASTRO AWANI

View the original article here

No comments:

Post a Comment