Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat serta Salam ke
atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian ummat
ini. Salam ke atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya.
Semoga dengannya kita beroleh manfaat. Semoga kita beroleh jawapan atas
misteri yang timbul ini.
Syukur saya ucapkan kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menulis
sebuah artikel yang panjang lebar menceritakan asal usul tragedi MH370
berlaku. Artikel yang bertajuk "
MH370: Suatu Misteri" itu telahpun dibaca melebihi 1 juta orang dalam tempoh yang sangat singkat. Saya sendiri tidak menyangka hal tersebut berlaku.
Untuk itu, saya berasa terpanggil untuk menceritakan satu lagi kisah di
mana di dalam artikel kali ini saya akan cuba menghuraikan dengan
panjang lebar berkenaan suatu komplot untuk merebut kuasa dan di dalam
komplot itu, siapakah yang sebenarnya rugi.
Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tersebut....
MH370: Siapa Rugi?
*AMARAN !! Artikel ini akan
bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga akan bertentangan
dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini juga akan
membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi cerita dan
teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga berhak
menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak
mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau
sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan
cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik
disini.
0.1. Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda terpinga-pinga,
terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan jika anda
tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah coretan
saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka
maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya
kebetulan.
1. Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan
MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah didapati hilang
dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.
2. Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir 40 tan (lebih
kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang mana 2
daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah
krew kapal.
3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal pagi 8 Mac
2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30 pagi
waktu tempatan.
4. Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi seluruh umat
Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi negara-negara
jiran yang terlibat.
5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi ngeri??
6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar.
7. Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini. Namun, sangat
sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek tentang
kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.
8. Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun sebelum itu,
negara kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac 2013,
insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita,
beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.
9. Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri serangan Sulu
ke atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah orang
yang sama.
10. Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang mengelola kes
serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang mengelola kes
kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.
11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.
12. Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya
berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu,
pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang
timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk
sini dan
sini.
13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.
14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?
15. Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai yang sudah lupa -
pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu tersebut dan
tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang
sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.
16. Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada ketika itu.
Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu saya
tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun
meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.
17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.
18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.
19. Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu, persoalan yang
amat besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....
20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??
21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !
22. Kenapa boleh jadi begitu?
23. US merupakan sebuah negara kuasa besar sejak era moden. Dialah yang
menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang menguasai hampir
keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling kuat dan
bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.
24. Sekitar tahun 60-an (kalau tidak silap) semasa zaman Soekarno di
Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar Rotschild telahpun
mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada Indonesia untuk
dibawa ke US. (Point ini telah diedit daripada tahun 70-an kepada 60-an
setelah diingatkan oleh Tn Ahmad Ansor Batubara).
26. Khazanah itu telah dipindahkan daripada satu lokasi ke suatu lokasia
baru di US lantas terciptalah sistem perbankan berdasarkan wang fiat.
27. Maka, disitu bermulalah era kekuatan Yahudi dan US memegang ekonomi
dunia kerana mereka telahpun menyimpan khazanah besar tersebut. Mereka
memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan
note dan juga wang kertas berbentuk fiat kepada negara-negara lain.
28. US telah bertindak sebagai pengeluar hutang terbesar ketika itu.
29. Secara tidak langsung, Soekarno telahpun gagal membina impiannya
iaitu hendak membina Indonesia Raya yang mana sebenarnya khazanah itu
dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan sebuah bentuk
negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama "Indonesia
Raya".
30. Lantas, US dengan cepatnya telah mengapi-apikan sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.
31. Kita telah dipecahkan kepada dua blok besar. Yang mana ketika
sebelum terjadinya peristiwa itu, kita dan orang Indonesia sebenarnya
sama serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan sempadan
daratan.
32. Semenjak peristiwa itu, maka tercetuslah konfrontasi antara negara kita dan negara mereka.
33. Akibatnya, ramai orang mati dan ramai orang menjadi marah. Rentetan
daripada itu, sehingga hari ini amat sukar bagi rakyat Malaysia hendak
menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat Indonesia sukar
menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang ke
Malaysia berhijrah atau sebaliknya.
34. Menjadi persoalan kecil, daripada mana datangnya khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?
35. Sebenarnya, Indonesia baru sahaja merdeka pada tahun 1947, tetapi
tidak lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya raya. Amatlah mustahil
sebuah negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan negara mereka
dan secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah berharga.
36. Bagaimana kekayaan itu datang kepada Indonesia, saya rasa tidak perlu diceritakan disini.
37. Yang pasti, selepas berlakunya peristiwa rampasan khazanah tersebut
oleh pihak US di Indonesia, maka secara tidak langsung ekonomi Indonesia
telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.
38. Natijahnya, sehingga hari ini, ekonomi Indonesia telahpun jatuh dan
nilai matawangnya telahpun diturunkan serendah-rendahnya. Indonesia
merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil bumi yang mana
sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik, mengapa
nilai matawangnya masih diparas yang sama?
39. Jawapannya pada khazanah yang telah dirampas itu! Selagi sesebuah
negara tidak memiliki khazanah tersebut, maka negara tersebut akan jatuh
nilai paras ekonominya.
40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan ekonomi sebenarnya yang hendak saya bahaskan.
41. Tetapi, sebenarnya, khazanah berharga itulah juga yang sedang US rompak daripada negara kita !
42. Amat sukar untuk diterima akal, apabila sebuah pesawat Boeing 777
buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu sahaj telah menarik minat
lebih 25 buah negara dalam satu misi operasi
Search and Rescue (SAR).
43. Amat sukar diterima akal, apabila misi itu dikatakan tidak ditaja
oleh mana-mana negara melainkan kesemua negara itu datang menghulurkan
bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.
44. Amat sukar diterima akal apabila sebuah pesawat bersaiz besar
berukuran sekitar 40 meter panjang itu boleh lenyap terus daripada radar
dan satelit yang mengawal perairan dan udara negara kita.
43. Terlebih sukar diterima akal, apabila timbul dakwaan sebuah pesawat
bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu boleh berpatah balik dan
terbang menuju ke banyak arah.
44. Saya katakan, sebenarnya semua ini hanyalah satu permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !
45. Apa cerita sebenar yang berlaku? Saya tidak dapat merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum ditemui.
46. Ayuh, kita berfikir secara waras.
47. Sebuah pesawat telahpun hilang daripada radar pada sekitar jam 2.30
pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah dilancarkan pada siangnya dan serentak
dengan itu, beberapa buah negara telahpun mengikuti misi tersebut.
48. Sehari selepas itu, pihak risikan CIA, FBI dan Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat ini.
49. Sehingga kini, langsung tiada berita disebarkan apa sebenarnya tugas
CIA, FBI dan Interpol ini datang dan mengapa mereka bertiga begitu
cepat bertindak sedangkan badan risikan lain-lain negara langsung TIDAK
dihantar ke mari.
50. Sehari selepas pesawat dilaporkan hilang juga, US telah mengumumkan
akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US KIDD mereka ke perairan Laut
China Selatan.
51. Malaysia turut mengeluarkan KD Perantau dan beberapa lagi buah kapal
yang dilengkapi peralatan mencari dan menyelamat ke perairan Laut China
Selatan.
52. Buat pertama kalinya, Laut China Selatan (LCS) menjadi tumpuan
banyak negara. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan hampir
seluruh dunia secara besar-besaran. Buat pertama kalinya, sebuah pesawat
milik MAS hilang tanpa khabar.
53. Okay, sebelum saya sambung cerita. Saya ingin tegaskan, selepas ini
ada banyak point yang akan mengakibatkan anda tidak dapat mempercayainya
dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru selagimana anda tidak mahu
mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar kepada kita, iaitu
membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi
bagi mengelak fitnah akhir zaman.
54. Sebelum saya sambung, saya tegaskan bahawa peristiwa MH370 ini TIDAK
ADA kaitan dengan Freemason, Illuminati, Pitbull, movie Transformers,
movie Non-Stop atau apa sahaja teori konspirasi yang merepek. Teori
konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar daripada apa yang anda
bayangkan!
55. Saya sambung artikel saya. Ketika kesemua 9 buah negara dan
kelengkapan SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak kerajaan kita
telah menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar bantuan
dalam misi SAR ini.
56. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka telah
menghidu ada sesuatu yang amat berharga di dalam pesawat MH370.
57. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka, telahpun
mengeluarkan satu bentuk arahan secara tidak langsung kepada pihak
berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan kepada Dato Seri
Najib.
58. Arahan itu berbentuk samar-samar.
59. Pihak US telahpun mengeluarkan satu bentuk
mid spin terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah berpatah balik.
60. Pihak US telahpun menghidu, akan ada lebih ramai pasukan SAR yang
tiba daripada banyak negara dan sudah pasti, akan ada salah satu
daripada mana-mana pihak yang datang itu akan menemui pesawat. Tidak
kira sama ada pesawat terhempas ataupun tidak.
61. Maka, ketika itulah media antarabangsa melalui lidah utama mereka,
CNN, BBC dan lain-lain telah mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya
telahpun berpatah balik dan terbang menuju ke arah Lautan Andaman.
62. Sebenarnya, jika kita tidak mengikut apa yang dihebahkan media luar,
kita tidak seharusnya mempercayai kata-kata mereka. Sebenarnya, pesawat
masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita. Paling jauh pesawat
hanya akan berada di sekitar Vietnam, kepulauan Parcel atau Spratley
sahaja.
63. Ketika itulah, pihak berkuasa kita bagaikan hilang arah. Dihentak
oleh media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK pesawat berpatah balik.
64. Pada hari ke-5, ketika itulah, ketua TUDM yang membuat
press conference telahpun
mengumumkan bahawa MH370 TIDAK BERPATAH BALIK namun menurutnya ada
kemungkinan pesawat berpatah balik dan mereka tidak pasti adakah ianya
MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini tolong betulkan.
65. Entah bagaimana, pada hari ke-8 (jika saya tidak silap) tiba-tiba Dato Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul dalam
press conference pada petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun berpatah balik serta ada kemungkinan-kemungkinan ia di
hijack.
66. Suatu yang sangat aneh dan menyulitkan bagi akal manusia biasa berfikir.
67. Saya amat yakin, apa yang DSN beritahu itu sebenarnya adalah satu
jawapan terbesar kepada dunia, bahawa pesawat masih berada di sekitar
Laut China Selatan !!!!!
68. Mengapa saya katakan begitu? Seorang Perdana Menteri hanya akan
membuat kenyataan terhadap sesuatu isu sekiranya berlaku perkara yang
amat besar atau telah ada satu keputusan yang pasti lagi muktamad dalam
hala tuju negara.
69. Kini, hala tuju negara kita telahpun diarahkan sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.
70. Perasan atau tidak, semenjak tarikh pengumuman yang dibuat oleh DSN
tersebut, sudah tidak kedengaran lagi berita CIA, FBI waima Interpol
mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita hanya terdengar satu atau
dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui kenyataan Hishamuddin
telah menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih kes ini.
71. Sejak daripada itu jugalah, pihak berkuasa kita sedang pening kepala
hendak mengeluarkan berita sebenar kepada pihak media. Ketika itu
jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media sosial dan juga
media semasa
72. Antaranya peterlibatan pesawat AWACS (singkatan bagi pesawat perang
anti radar milik US) dalam 'mengghaibkan' MH370. Pesawat dirampas oleh
orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan. Pesawat sudah mendarat
di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana dihijack orang
Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian Altantuya.
Pesawat mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak.
Pesawat mendarat di Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar
Ibrahim untuk menjatuhkan Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin
bunuh diri. Dan macam-macam lagi teori yang bagi saya, sengaja
diada-adakan bertujuan melengahkan masa dan mencipta
diversion dalam kepercayaan orang ramai.
73. Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370 masih lagi
berada di Laut China Selatan. Ia sudahpun tenggelam, tidak kira apa cara
anda menterjemahkan perkataan 'tenggelam' itu baik maksudnya
benar-benar tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia telah
mendarat di mana-mana pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang
pasti ia tetap berada di Laut China Selatan.
74. Sekarang, kita berbalik kepada persoalan utama artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?
75. Mengapa pesawat dihebohkan telah berpatah balik? Kerana, ia
bertujuan untuk mengalih perhatian dunia daripada Laut China Selatan dan
juga bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang terlibat dalam
SAR daripada terus berada di perairan LCS.
76. Setelah hari kelapan, maka sedikit demi sedikit SAR dipindahkan ke
perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi atau
Bay of Bengal.
77. Ketika inilah, ramai yang tidak perasan. Hanya tinggal 4 buah negara
sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua kapal mereka yang ada daripada
perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu adalah, China, Vietnam,
Malaysia dan juga US.
78. MEGAPA INI BERLAKU??
79. Telah terjadi satu perebutan kuasa untuk merebut MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat besar.
80. Apa habuannya? Habuannya adalah isi pesawat tersebut yang mana
merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan sesebuah negara
sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut menjadi
sebuah negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan khazanah
yang telah dirampas oleh US daripada Indonesia.
*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada
rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
81. US mahukan khazanah tersebut bagi meneruskan kelangsungan
kekuasaannya yang sudah hampir malap. China pula mahukan khazanah itu
kerana ia memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya di dunia ini
sekaligus mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China. Vietnam
pula secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia telah
terjumpa lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah
Vietnam juga sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita
berkenaan nelayan vietnam).
82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun turut serta dalam perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang daripada MALAYSIA !
83. Jadi, apabila kita berbalik kepada persoalan asal, siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???
84. Jawapannya, kesemua negara yang turut serta dalam misi SAR akan
rugi. Pihak yang mendanai misi SAR tersebut juga akan rugi sekiranya
mereka tidak dapat khazanah tersebut.
85. Jadi, bagi menjayakan misi US untuk merampas khazanah tersebut
daripada jatuh ke tangan China, maka segala bentuk konspirasi, segala
bentuk rancangan dan
plan harus digerakkan dengan segera bagi mendapatkan pesawat tersebut.
86. Terkini, ketika artikel ini ditulis, US telahpun membuat pengumuman
untuk menarik diri daripada menyertai misi SAR di LCS dan hanya akan
menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana kedua-dua nama ini adalah
merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut seperti US 7th Fleet
atau US Kidd.
87. Terkini, ketika artikel ini ditulis juga, pihak Singapura telah
menghantar satu, sebuah, kapal laut yang mana sermbong kapalnya berwarna
merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam pihak Singapura masih berada
di perairan LCS atau tidak.
88. Mengapa US menarik diri dan mengapa US menghantar Singapura ke LCS??
Kenapa US tidak mahu suruh Singapura hantar kapal tersebut bersama
kapal selamnya ke koridor selatan pencarian MH370??
89. Kerana, US tidak mahu pergerakannya diketahui oleh ramai orang dan
dia mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya melalui proksinya.
90. Sekarang, kita masuk kepada persoalan, mengapa pesawat masih belum ditemui??
91. Pesawat masih belum ditemui kerana pesawat MH370 memang tidak
terbang ke koridor utara waima koridor selatan. Kerana itulah sehingga
kini hari ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.
92. Kenapa pencarian di LCS masih belum menemui jawapan? Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.
93. Rundingan saya tidak pasti bila akan tamat. Apa yang saya pasti,
jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24 haribulan ini. InsyaALLAH jika
diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel seterusnya pada salah
satu tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal, saya akan tulis
lebih awal, begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan tulis
lewat.
94. Apa sahaja jawapan kepada rundingan tersebut, saya serahkan kepada pengumuman pihak DSN sekiranya dia membuat
press conference kelak. Bilakah dan dimanakah dia akan buat
press conference tersebut,
itu bukan persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya perlu tunggu dan
nantikan disamping berdoa agar semua penumpang selamat dan khazanah itu
tidak jatuh ke tangan US.
95. Saya berikan sedikit jawapan, mengapa tiada radar, satelit, scanner
atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang ada tidak menemui lokasi tepat
MH370?
96. Kerana, sebenarnya pesawat itu sudahpun memasuki dimensi lain dalam
alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang yang bertanggungjawab bagi
mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak
sepatutnya.
97. Selain itu, saya juga yakin dan percaya, mengapa semua ini berlaku
sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan ALLAH SWT bagi menunjukkan
betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi segala perancangan
manusia.
98. Sebenarnya, di dalam pesawat tersebut ada ramai orang China dan ada antara mereka warganegara US dan Australia.
99. Di dalamnya juga terdapat beberapa orang yang sudah bersedia untuk
merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang cuba dibuat itu telah
gagal.
100. Kerana itulah, Kapten Zaharie telah dipanggil bertugas pada hari
tersebut kerana dialah satu-satunya pilot yang sangat berpengalaman
dalam MAS.
101. Kapten Zaharie sebenarnya adalah seorang yang sangat baik dan dia
telah banyak berjasa kepada negara ini. Tidak kira dia mati atau tidak,
kita harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa tinggi kerana
telah cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
102. Bukan kerana Kapten Zaharie mempunyai peralatan simulator
dirumahnya menyebabkan dia dituduh sebagai perampas atau mahu bunuh diri
atau bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk melenyapkan pesawat.
103. Terus terang saya katakan, isu MH370 LANGSUNG tiada kaitan dengan
Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini juga tiada kaitan dengan
keahlian PKR Kapten Zaharie.
104. Isu MH370 juga TIADA kaitan dengan
hijack bertuntutan atau meminta
ransom.
105. Isu MH370 ini juga TIADA kaitan dengan Al-Qaeda dan Iran. Isu ini
bukan isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk menuding siapa salah siapa
benar. Ini adalah isu global.
106. Benar kata-kata Hishamuddin ketika
press conference pada hari ke-11, isu ini adalah satu isu yang lebih besar daripada isu politik dalam negara.
107. Percayalah, isu Iran - Syiah, isu Al-Qaeda, isu kapten ahli PKR,
isu Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah saya nyatakan, semua itu
sebenarnya hanyalah satu
diversion dan juga satu bentuk persediaan US untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.
108. Tunggulah sehingga rundingan selesai barulah pesawat dilepaskan.
Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak dapat jawapannya kerana saya
tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang layak
berada disitu.
109. Bagaimana saya menerima segala maklumat ini? Itu tidak perlu
dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10 ayat pertama surah
Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
110. Tetapi, saya juga tidak menafikan sekiranya secara tiba-tiba
pesawat MH370 dikatakan telah ditemui di koridor selatan di sekitar
kawasan Andaman atau Diego Garcia.
111. Maka, sekiranya perkara itu berlaku, saya jawab awal-awal, itu
hanyalah salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN US untuk mengkaburi
mata dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih berada di
LCS.
112. Sekiranya pesawat ditemui, tak kira di LCS atau di Andaman,
tiba-tiba ada skrip dan drama mengatakan bahawa pesawat telah di
hijack oleh
pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah Iran, maka saya tolak
cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan sebagai salah satu
plan dan juga rancangan US untuk "menyelam sambil minum air". Dia sudah
dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri....!
113. Seandainya berlaku cerita mengenai pengganas, maka saya nafikan
awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab pengganas. Tetapi jika negara
kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah hakikat bahawa Malaysia
memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir lagi !
114. Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat Top, Al-Maunah dan juga Dr Azahari. Kesemua nama-nama
top wanted ini
adalah berwarganegara Malaysia. Tidak perlu bercerita mengenai
perjuangan mereka, kerana sekarang bukan masanya. Tetapi telah terbukti,
sebenarnya Malaysia sedang dalam jerat US dan kita menunggu masa untuk
dikambinghitamkan.
115. Kerana itulah pihak kerajaan telahpun bersiap sedia dengan apa jua
kemungkinan bagi mengelak US mengkambinghitamkan negara kita sebagai hab
pengganas lantas dihalalkan untuk diserang. Tetapi saya TIDAK MENOLAK
antara yang menjadi punca pesawat MH370 terjunam adalah berlakunya
pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau mungkin berlakunya
letupan (kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan MUNGKIN
berpunca daripada kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.
116. Kerana itu jugalah timbul ura-ura mengatakan MH370 hilang dek
kerana penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie telah berkomplot. Ini
sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman bagi mengelak
pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.
117. Jika saya salah dalam susunan kambinghitam ini, saya memohon seribu
satu kemaafan daripada semua yang telah saya seret dalam kenyataan
saya. Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang pasti, kerajaan kita
tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan kedaulatan kita
diceroboh walau seinci.
118. Sama ada US, China, Vietnam, Singapura atau Malaysia yang menjadi
juara menemui MH370, ayuh sama-sama kita nantikan. Berdoalah agar negara
kita yang pertama sekali menjumpainya dan berdoalah agar tidak ada
apa-apa yang buruk berlaku terhadap negara kita selepas insiden
kehilangan MH370 ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong jangan tanya
saya bagaimana khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong jangan
tanya saya siapa dalang bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan
lain-lain persoalan berkaitan kerana pesawat pun masih belum dijumpai.
119. Kerana saya yakin, pihak US tidak akan patah semangat untuk
mengusik kita di negara ini jika mereka gagal mendapatkan MH370 dan
khazanah di dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan marah terhadap
kita jika MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita akan
benar-benar tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya.
Saya juga yakin, kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung
tanduk.
120. Sesudah itu, ayuhlah sama-sama kita meneruskan doa kita agar kita
beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini. Mati atau tidak bukan lagi
persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan negara dan masa depan
kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah kita semua
nanti? Masih ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????
121. Sekali lagi buat kesekian kalinya, saya menyeru kepada anda semua
agar anda kembalilah mengamalkan apa yang telah Rasulullah SAWAW ajarkan
kepada kita bilamana dihadapan kita ada fitnah yang besar. Amalkanlah
membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah
Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari fitnah dajjal pada
setiap kali solat 5 waktu.
122. Sekarang, saya telahpun sampai kepada persoalan terakhir.... Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???
123. Anda sendiri yang tentukan !
Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah juga selesai artikel
yang panjang lebar ini. Segala puja dan puji hanya untukNYA. Selawat
dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan dilimpahkan ke atas
sekalian Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang masih ada di
bumi bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta
kemakmuran buat kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita
ke Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu
majlis zikir yang berkah lagi aula untuk kita duduki. Semoga dengan
berkat pada hari tersebut, jawapan dan pengakhiran kepada semua episod
misteri lagi duka MH370 ini akan berpenghujung dengan baik. Amiin....
Artikel saya telah tamat. JANGAN percaya apa yang saya tuliskan kerana
ini hanyalah tulisan saya semata-mata. Saya tidak menyertakan apa-apa
link rujukan
bagi artikel ini, mohon maaf saya pinta. Sekiranya kalian dapati
artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya telah silap dalam
menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati artikel
yang saya tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan
sahaja.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada isi artikel ini telahpun
saya kongsikan dan bincangkan bersama seorang blogger terkenal di negara
kita, tak lain tak bukan abang
Shah Paskal daripada blog
MilitaryofMalaysia.
Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang lagi bermesyuarat
untuk mencari dan meneliti setiap teori yang dikemukakan oleh banyak
pihak, lantas kami telah bersetuju dan bersepakat untuk menolak beberapa
buah teori yang tersebar sama seperti yang telah saya tuliskan di atas
sana.
Untuk makluman juga, ini adalah artikel terakhir saya berkenaan MH370 di
blog ini sebelum pesawat ditemui. Saya hanya akan menyambung penulisan
saya berkenaan MH370 di blog ini setelah pesawat ditemui atau pada 21
atau 24 Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu baru pada tarikh
tersebut. Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya akan
nukilkan artikel lebih awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat.
InsyaALLAH semoga saya dan bro
Shah Paskal dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu untuk terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap perkara yang berlaku.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan jutaan terima kasih tak
terhingga kepada semua yang terus sabar menanti artikel baru daripada
saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya tidak minta untuk
artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika artikel ini
telah membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk kembali ke
jalan yang benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan ilmu
baru disini, maka kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang
anda kenali.
Nota Kaki.
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
Interpol = International Police
MAS = Malaysian Airlines
PKR = Parti Keadilan Rakyat
LCS = Laut China Selatan
US = United States of America
TUDM = Tentera Udara Diraja Malaysia
Bacaan tambahan:
Teori Pendaratan Cemas Kapten Zaharie.
Teori Alam Jin Shah Paskal.
*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah
'khazanah' yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian
daripada rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara
boleh terancam.
Sekian sahaja dahulu.
WassallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
Wassalam.
sumber