Pages

Showing posts with label lokasi. Show all posts
Showing posts with label lokasi. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Inilah Lokasi Sekolah Paling Bahaya Di Dunia

Pelajar sekolah di kawasan terpencil di China harus menghadapi jalan yang berbahaya hanya untuk hadir ke sekolah, jalan yang harus dilalui ini berupa tebing yang tinggi dan curam,ditambah dengan jalan yang sangat sempit.Sekolah yang terletak di kampung Gulu,daerah Sichuan, berada dilereng bukit dan untuk mendaki ke arah sekolah memerlukan waktu sekitar 5 jam. Sekolah rendah ini hanya memiliki satu guru dan sudah mengajar di sekolah tersebut selama 26 tahun.

Penduduk mengakui bahwa jalan itu berbahaya bagi para murid, kerana lebar jalan yang harus dilalui oleh para pelajar tersebut hanyalah sekitar setengah meter saja, dan ketinggiannya pula cukup menakutkan.Shen Qijun, 45, guru sekolah tersebut,berulang kali ingin berhenti dari mengajar di sekolah tersebut dimana dia sudah mengajar disana selama 26 tahun.Tapi telah berulang kali pula para penduduk menahannya dari melaksanakan niatnya,kerana tidak ada orang lain yang mahu mengajar pelajar di kampung tersebut.Shen mengajar Matematik dan Bahasa Cina, tapi kata Shen, selama 26 tahun ini hanya ada dua murid saja yang berhasil ke universiti.




View the original article here

Tuesday, 8 April 2014

[ Terkini ] Anwar akan dedah kan lokasi sebenar MH370 khamis nanti?

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.

kes kehilangan MH370,  Anwar akan dedah kan lokasi sebenar MH370, info terkini pesawat MH370, berita

Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini.  Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
kes kehilangan MH370, Anwar akan dedah kan lokasi sebenar MH370, info terkini pesawat MH370, berita

Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.

Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?

Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.

Anwar memang mahu bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mengaku mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, mungkin radar tu dia yang cipta atau sengaja mahu menipu rakyat dan melaga-laga kan negara lain dengan Malaysia.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pendedahan dari Anwar itu nanti.

Friday, 28 March 2014

TAHUKAH ANDA, BAGAIMANA INMARSAT MENENTUKAN LOKASI SEBENAR #MH370?



KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MH370 menghantar Ping atau bahasa mudahnya, komunikasi elektronik (Handshake) kepada satelit adalah pada jam 8.11 pagi. Menandakan pesawat itu masih berada di ruang udara, namun tiada maklumat data mengenai lokasi dan kelajuan kapal terbang tersebut.



Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.


Satelit 3-F1 milik syarikat Inmarsat adalah merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk bagi industri penerbangan. Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari dan bergerak ke atas ke bawah ekuator


Sebelum Inmarsat berjaya menentukan lokasi sebenar MH370 berakhir, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi planet bumi.


Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan pesawat, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping


Dengan menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370.


Namun, kaedah itu tidak berjaya. Inmarsat mengambil alternatif menggunakan kesan doppler.


Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.


Menggunakan kekerapan signal Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.


Persoalannya, berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?


Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.


Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai. - ASTRO AWANI

View the original article here

Friday, 21 March 2014

MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan di Lautan Hindi

type='html'>

Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.

Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - Utusan

View the original article here