Pages

Showing posts with label BAGAIMANA. Show all posts
Showing posts with label BAGAIMANA. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

MENARIK !!!Langkah Mudah Bagaimana Proses Terjadinya Lesung Pipit Di Pipi

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yg dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yg sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.

Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).

Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yg ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yg memiliki lesung pipit dan ada juga yg tidak?

Beberapa masyarakat ada yg percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi.

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yg diturunkan.

Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.

Beberapa orang memiliki lesung pipit yg dalam dan sangat terlihat, sedangkan yg lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yg dominan.

Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yg terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yg diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yg membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut.

Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yg memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yg hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yg membuat lesung pipit memudar atau hilang.

View the original article here

Friday, 28 March 2014

TAHUKAH ANDA, BAGAIMANA INMARSAT MENENTUKAN LOKASI SEBENAR #MH370?



KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MH370 menghantar Ping atau bahasa mudahnya, komunikasi elektronik (Handshake) kepada satelit adalah pada jam 8.11 pagi. Menandakan pesawat itu masih berada di ruang udara, namun tiada maklumat data mengenai lokasi dan kelajuan kapal terbang tersebut.



Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.


Satelit 3-F1 milik syarikat Inmarsat adalah merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk bagi industri penerbangan. Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari dan bergerak ke atas ke bawah ekuator


Sebelum Inmarsat berjaya menentukan lokasi sebenar MH370 berakhir, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi planet bumi.


Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan pesawat, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping


Dengan menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370.


Namun, kaedah itu tidak berjaya. Inmarsat mengambil alternatif menggunakan kesan doppler.


Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.


Menggunakan kekerapan signal Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.


Persoalannya, berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?


Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.


Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai. - ASTRO AWANI

View the original article here