Pembunuhan kejam terhadap jutawan
kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang
rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau,
pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan
seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin
bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat
beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di
Malaysia. Antara yang paling terkenal adalah Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail.
Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal
daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa
bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok
mengesahkan lagi dakwaan itu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga jenayah
kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh
yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.
Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa sehebat Scotland Yard dan NYPD
sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu diselesaikan dek kerana
kekurangan bukti dan maklumat penjenayah. Antara yang kes paling
terkenal yang sehingga kini belum dapat ditangkap pembunuhnya adalah kes
Jack the Ripper, Claveland Torso Murderer (Pembunuh Claveland Torso) dan Zodiac Killer(Pembunuh Zodiac).
Okey, kali ini penulis ingin menyenaraikan beberapa penjenayah kejam
yang telah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu. Teruskan membaca:
1. Mona Fendy-23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman
yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan
Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat
Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul
Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas
pembunuhan yang dilakukan.
Mona terkenal sebagai bomoh kepada
beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan
azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan
harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh
peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang
pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan
disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan
Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya
helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona
dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi
secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap
apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk
Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan
yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah
dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati
pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di
kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat
tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau
dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam
kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda
aras jenayah kejam di Malaysia.
Peratus liputan akhbar: 100%
2. Pembunuhan Noritta Samsuddin-25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah
syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi
misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab.
Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul
Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1,
Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30
pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata
bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai
tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat
kekurangan bukti.
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya
dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar
dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat.
Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan Noritta diselubungi
kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya. Hasil autopsi
pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini
memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi
beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini,
pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.
Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:
1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)
2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)
3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)
4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)
5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.
6. Mikko Kouko Johannes Jarva,
seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini
semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin
di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)
7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37
8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.
Dalam kes Noritta Samsuddin timbul
desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan yang terlibat sebagai
perancang pembunuhan ini namun ia dinafi sekeras-kerasnya oleh pihak
berkuasa.
Peratus liputan akhbar: 100%
3. Pembunuh mendiang Canny Ong-18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny
Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003
sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan
Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah
didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis
teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat
tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke
atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana
melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Plot tragis itu bermula apabila Canny
yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya
menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah
Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia
kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara
bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam
keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter
dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai
keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang
pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak
kereta BSC.
Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.
Peratus liputan akhbar: 100%
http://takusahrisau.wordpress.com/2010/09/17/kes-jenayah-jenayah-kejam-di-malaysia-sebelum-kes-pembunuhan-sosilawati/
No comments:
Post a Comment