Pages

Thursday, 3 April 2014

ZAMAN SEKARANG : Respon pelakon Ziela Jalil isu peluk Keith Foo



Respon pelakon Ziela Jalil isu peluk Keith Foo - Tindakan Ziela Jalil memuatnaik foto-foto mesra dengan Keith Foo di laman Instagram miliknya mendapat kecaman peminat. Mereka berasakan aksi pelakon itu memeluk Keith Foo tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

Mungkin ada wajar juga Ziela dikritik memandangkan hubungan mereka sekadar kawan dan tidak begitu manis dipandang orang.

Menerusi Harian Metro hari ini, Ziela mempunya jawapan dan penjelasannya sendiri berhubung foto-foto mesra yang dikongsikan itu.

"Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.

Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau."

No comments:

Post a Comment