Pages

Saturday, 5 July 2014

Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan

Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan - Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.

Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.
"Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

"Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini."
Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah pasangan tersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah punca pergolakan rumahtangga mereka.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."
Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.
"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus."

Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu

sumber

No comments:

Post a Comment