Punca sebenar Hanez Suraya dan Romie putus hubungan - Mungkin
ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya,
Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang
menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.
Ini kali kedua saya menyatakan perkara
sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih
dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku
dan ia sangat tidak bagus."
Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu
sumber
Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.
"Saya sudah korbankan hubungan kami.
Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis
semua perkara mahu dipukul canang.
"Apa yang saya fikir sekarang mahu
meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh
dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun
mengambil keputusan sejauh ini."
Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah
pasangan tersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya
bukanlah punca pergolakan rumahtangga mereka.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa.
Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama
saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut,
tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."
"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."
Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.
"Saya bersedia mengundur diri
memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma
saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama
saya.
Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu
sumber