Pages

Thursday, 20 March 2014

Perkara Yang Terjadi Di Internet Dalam 60 Saat





Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir semua isi rumah di Malaysia mempunyai akses INTERNET dan melayari internet setiap hari. Lagi-lagi dengan wujudnya telefon pintar atau smartphone, korang nak berak pun boleh layan Facebook lagi. *oops* :P

Menurut satu artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mei 2013, kadar penembusan internet di Malaysia pada tahun 2013 telah mencecah sehingga 66.7% dengan 77.84 peratus daripada populasi 29.1 juta mempunyai akses kepada internet. Itu baru statistik dari Malaysia belum lagi kira statistik seluruh dunia lagi. Dengan jumlah pengguna yang begitu banyak pasti pelbagai perkara yang berlaku di internet untuk satu tempoh masa. 


Jom kita tengok statistik aktiviti yang berlaku di internet dalam masa 60 saat.


27, 800 gambar dimuat naik di instagram



2 juta carian google




1,875,000 facebook like




204,000,000 email dihantar dan majoritinya adalah spam





Dalam masa 60 saat yang lepas berapa banyak sumbangan anda terhadap internet? Berapa banyak carian yang anda buat di google? Berapa banyak email yang anda hantar? Haha tak kisah la janji aktiviti anda itu memberi manfaat kepada anda dan lebih bagus lagi jika ia dapat memanfaatkan orang sekeliling anda juga. Hargailah nikmat internet yang ada sekarang ni dan jangan gunakan untuk benda yang bukan-bukan.

Sumber : awesomernews     

No comments:

Post a Comment