Bila kita lihat sebentar di Indonesia, rancangan mereka kalau hiburan tu adakalanya lagi dahsyat dari kita di Malaysia tapi dari segi keseimbangan itu tetap ada bila wujudnya pelbagai rancangan yang lebih membentuk anak-anak kecil di sana dengan ilmu Al-Quran yang adakalanya buat kita berfikir "Mengapalah rancangan macam ni tak wujud di Malaysia dan kenapa semuanya tak habis-habis tentang pertandingan nyanyian dan idola kecil sahaja?".
Apapun bila menonton video ini, benar-benar mendatangkan rasa sebak dan hiba di jiwa kami (OhMedia) dan tentunya anda apabila seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu "Hafiz Indonesia" begitu sebak dan kagum dengan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama Musa yang mampu menghafaz lebih 29 juzuk Al-Quran. Di usia tersebut, tentunya anak ini amat dikagumi.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu. Anda boleh menonton video di bawah ini bermula minit ke 3:10.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih muda dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.
“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah. “Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas. Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih terlalu muda.
Ps : Bila kita nak lahirkan di Malaysia pula?
Via-OhMedia
View the original article here
No comments:
Post a Comment