Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang
dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang
perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah
yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh
baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan
lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan
dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom
Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda.
Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi
yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada
kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati
ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka.
Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi
tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin
atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah.
Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan
membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk
mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika
melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa
terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi
seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun
tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu
sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem
tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga
antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang.
Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk
menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala
masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa
perasaan kelam kabut.