Pages

Showing posts with label 6. Show all posts
Showing posts with label 6. Show all posts

Saturday, 19 April 2014

6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat

Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat



Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532

sumber

Saturday, 12 April 2014

Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

Menurut Dr Thomas Stanley melalui penyelidikannya di dalam buku 'The Millionaire’s Mind', untuk menjadi seorang jutawan, bukan saja memerlukan ciri-ciri seperti hebat berniaga, mengetahui segala teknik dan strategi berunding atau sempurna dalam membuat keputusan, tetapi juga ada ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki.

Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan

Melalui penelitiannya terhadap beribuan jutawan, terdapat 6 ciri yang dimiliki golongan jutawan:

1. Bersikap jujur

Mereka yang bergelar jutawan lazimnya golongan yang terbabit dalam perniagaan atau mereka yang berpangkat tinggi dalam sesebuah syarikat. Tidak kira apapun jalan karier yang dipilih, ia pasti memerlukan sikap jujur dalam memenangi hati pelanggan dan orang sekeliling untuk mendapat sokongan.

Kepercayaan dan kredibiliti memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan menjadi seorang yang bebas masalah kewangan. Memang benar ada juga kes jutawan yang tidak jujur kita dengar di akhbar, televisyen atau online, tetapi itu bukanlah apa yang kita inginkan. Biar kaya harta dan tenang di jiwa.

2. Berdisiplin

Tidak dapat dinafikan amat penting mempunyai disiplin yang tinggi. Sikap menentukan kejayaan seseorang itu. Ia dikatakan seorang yang berjaya mendedikasikan 60 hingga 70 jam setiap minggu pada karier mereka.

Justeru kebiasaannya, golongan jutawan tiba paling awal di tempat kerja dan balik paling lewat.

3. Menyesuaikan diri dengan orang sekeliling

Untuk berjaya dalam kewangan, ia bukanlah atas usaha seorang diri. Sokongan orang sekeliling amat diperlukan sama ada bekerja atau berniaga. Seseorang yang berjaya dalam kewangan perlu mudah menyesuaikan diri dengan orang sekeliling untuk mendapat sokongan semua pihak.

Mereka perlu mudah didampingi dan sering membuat orang sekeliling selesa. Skil komunikasi amat penting dimiliki untuk berjaya.

4. Mempunyai pasangan hidup atau keluarga menyokong

Mempunyai pasangan hidup atau keluarga yang memberi sokongan padu pasti memberi semangat yang lebih tinggi kepada sesiapa saja. Sememangnya jalan mencapai bebas kewangan ada pelbagai rintangan, tidak kira dalam apa saja industri. Tidak kira betapa kuat semangat yang ada dalam diri sendiri, sokongan keluarga membuatkan semangat tidak luntur.

5. Skil pengurusan yang cekap

Bukan saja mengurus perniagaan, kerja dan pekerja, tetapi juga menguruskan diri sendiri dalam pelbagai aspek.

Pengurusan masa amat penting untuk mencapai segala matlamat dengan lebih efisien. Begitu juga mengurus dan membahagikan kerja kerana pastinya tidak semua kerja dapat diselesaikan seorang diri. Pengurusan juga membabitkan pengurusan keluarga untuk memberi persekitaran rumah yang lebih harmoni.

6. Menjaga kesihatan

Dengan mempunyai tubuh badan sihat, pasti diri lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk atau hilang semangat, kadangkala ia bukan masalah kurang semangat dari segi motivasi diri. Tetapi kita kurang bersenam! Badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita. Oleh itu, untuk berjaya kewangan, perlu juga menjaga kesihatan.

Menjadi seorang yang bergelar jutawan bukanlah perkara mudah dan membabitkan pelbagai aspek perniagaan dan kehidupan. Jadikan 6 ciri ini sebagai langkah pertama anda untuk mencapai bebas masalah kewangan!

Pasangan tidak memberikan sokongan, apa yang harus anda lakukan?

Adakalanya terdapat juga keadaan apabila kita tidak mendapat sokongan keluarga atau orang tersayang. Pastinya ini menyukarkan lagi perjalanan, namun ia tidak mustahil sekiranya menjadikan keadaan sekeliling itu sebagai cabaran untuk diri sendiri terus berjaya.

Beberapa perkara perlu dilakukan, antaranya berkomunikasi dengan pasangan hidup sebaiknya. Jelaskan mengenai usaha dan impian anda serta cara untuk membantu keluarga.

Adakalanya, perlu membabitkan pasangan hidup dalam mengejar cita-cita supaya pasangan juga dapat merasakan mereka sebahagian daripada impian anda yang besar.

Berkomunikasi seharusnya dua hala, bukan saja berkongsi impian anda, tetapi juga perlu mengetahui matlamat dan impian pasangan. Mungkin matlamatnya berbeza dengan anda yang menyebabkan anda tiada sokongan.

Justeru, berkomunikasi supaya kedua-dua matlamat dan impian boleh dicapai bersama. Perlu diingat matlamat pasangan anda juga sama penting dengan matlamat anda.

Bertolak ansur melalui komunikasi supaya kedua-duanya saling menyokong usaha masing-masing.

Ada juga keadaan apabila seseorang itu tidak mendapat sokongan keluarga walaupun sudah berikhtiar untuk berkomunikasi dan bertolak ansur.

Sekiranya usaha yang ingin dilakukan diteruskan juga tanpa mendapat sokongan, apa kata jadikan itu sebagai cabaran untuk lebih berjaya dan menguatkan semangat diri.

Sering kali dalam keadaan tertekan, kita jadi lebih bersemangat dan berusaha untuk membuktikan kebolehan diri sendiri di mata keluarga.

Mana tahu apabila mendapat hasilnya, ia akan mengubahkan persepsi pasangan dan keluarga, dan ketika itu, anda akan juga mendapat sokongan mereka untuk pergi lebih jauh.

sumber 

Thursday, 10 April 2014

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita

Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.