Pages

Showing posts with label AlQuran. Show all posts
Showing posts with label AlQuran. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

MashaAllah, Budak 5 Tahun Mampu Hafaz 29 Juzuk Al-Quran

Semalam video mengenai Tahfiz kecil dari Indonesia seusia 5 tahun telah hangat di media sosial facebook. Ikuti laporannya dibawah :














Bila kita lihat sebentar di Indonesia, rancangan mereka kalau hiburan tu adakalanya lagi dahsyat dari kita di Malaysia tapi dari segi keseimbangan itu tetap ada bila wujudnya pelbagai rancangan yang lebih membentuk anak-anak kecil di sana dengan ilmu Al-Quran yang adakalanya buat kita berfikir "Mengapalah rancangan macam ni tak wujud di Malaysia dan kenapa semuanya tak habis-habis tentang pertandingan nyanyian dan idola kecil sahaja?".





Apapun bila menonton video ini, benar-benar mendatangkan rasa sebak dan hiba di jiwa kami (OhMedia) dan tentunya anda apabila seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu "Hafiz Indonesia" begitu sebak dan kagum dengan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama Musa yang mampu menghafaz lebih 29 juzuk Al-Quran. Di usia tersebut, tentunya anak ini amat dikagumi.





Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu. Anda boleh menonton video di bawah ini bermula minit ke 3:10.





Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih muda dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.





“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah. “Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas. Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih terlalu muda.












Program ini disiarkan di stesen RCTI dan ianya boleh ditonton di Youtube





Ps : Bila kita nak lahirkan di Malaysia pula? 





Via-OhMedia

View the original article here

Thursday, 3 July 2014

UGUT BUNUH IBUNYA SEBAB BENGANG IBU TUNAI SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. 

 Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam. Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. 





 Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda. 

 Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali. Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan. 

 Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian. Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.

SUMBER: CARI/SINAR

View the original article here

Saturday, 17 May 2014

Video: Lelaki bisu disembuhkan dengan ayat Al-Quran



ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera, Penulis ingin berkongsi satu video di mana seorang lelaki yang dikatakan ‘bisu’ boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Kuasa Allah, apa sahaja boleh terjadi, Maha suci Allah!

Wallahu a’lam






Sumber

 

Saturday, 15 March 2014

Khadijah dengar suara ketika sedekah bacaan Al-Quran untuk #MH370

type='html'>Khadijah Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti dibawah:


Dalam status itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang. 

Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa. 

Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat. 

View the original article here