Seperti
yang semua sudah sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok memang
sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah
Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya.
Foto
dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif
dan perhatian oleh para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan
Arrian.
Terbaru,
pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan
salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok.
Menurut
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut
teah menarik minat produksi tersebut untuk digabungkan dengan
video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.
"Pada
mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya.
Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula
rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.
“Pihak
produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video
majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan
perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video
tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.
Ditanya
soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan
ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus
dari pihak produksi di sana.
Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua.
“Alhamdulillah
saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil
anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan
keluarga.
“Kandungan
isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin
pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.
No comments:
Post a Comment