Pages

Tuesday, 30 September 2014

Badan Dipenuhi Cacing

Mengelikan! inilah akibat bila memakan Sushi mentah-mentah tanpa dimasak. Kuman dalam daging akan membiak dalam perut dan merebak ke seluruh badan manusia. Inilah yang terjadi kepada seorang penggemar fanatik Sushi. 


CHINA – Kepada penggemar sushi, berhati-hati ketika menikmati makanan kegemaran anda ini.

Ini kerana seorang lelaki yang juga penggemar sushi berdepan dengan keadaan menakutkan.

Apa tidaknya, seluruh badannya dipenuhi dengan cacing pita dan parasit yang berpunca daripada sushi yang dimakannya.

Dia tidak menyangka menyangka sakit perut dan badan gatal-gatal yang dialaminya selama ini adalah disebabkan dia makan terlalu banyak sashimi iaitu kepingan ikan mentah yang tercemar dengan parasit.

Jangkitan cacing pita ini berlaku apabila dia menelan lava diphyllobothrium yang boleh ditemui dalam ikan mentah termasuk salmon.

Kes seumpama itu dikatakan semakin meningkat di negara membangun disebabkan masalah kebersihan.

Jangkitan itu akan mendatangkan bahaya sekiranya ia merebak ke bahagian otak. #Mynewshub

No comments:

Post a Comment