Berbekalkan hanya dengan tukul besi dan topeng untuk menutup mulut dan hidung, pembersih memulakan tugas bagi memecahkan kubur dan mengeluarkan apa jua masih bersembunyi di dalamnya.
Tengkorak manusia dengan rambut tebal masih berpaut pada tengkoraknya ditarik keluar dari makam yang di tempatkan. Mayat si mati yang keluarganya tidak lagi mampu untuk membayar sewa bagi kubur swasta dan sebaik sahaja pajakan pada kubur tamat, pembersih akan datang dan mengeluarkannya untuk pelanggan baru yang membayar.
Mana-mana mayat yang tidak dituntut akan disumbat ke dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke kubur besar yang akan tanam kembali.
Kebanyakan mayat yang digali sebahagian besarnya mereput, tetapi mayat-mayat yang telah dikebumikan di bahagian atas makam bertingkat, di mana keadaannya yang panas dan kering, mayat itu akan menjadi mumia. Beg mayat yang di himpunkan seperti timbunan sampah dan diangkut dengan trak forklift dengan pakaian yang mereka masih lengkap seperti masa dikebumikan.
Sebagai pasukan pembersih kubur yang bekerja di Bandar Raya Guatemala, cara mereka hampir tidak kelihatan berbeza dengan buruh di tapak bangunan atau pekerja di pusat kitar semula.
No comments:
Post a Comment