Pages

Sunday, 21 September 2014

Wanita Ini Habiskan 150 Ribu Ringgit Hanya Untuk Kelihatan Seksi




Seorang wanita dari Latvia membelanjakan hampir £30,000 (RM157, 535) untuk merealisasikan impiannya bagi kelihatan cantik dan seksi, lapor Daily Mail.



Victoria Wild, 30 tahun membuat keputusan menjalani pembedahan plastik di beberapa bahagian badannya untuk tampil lain dan dapat menarik perhatian orang ramai.



Daily Mail melaporkan antara pembedahan yang dijalaninya adalah pembedahan untuk membesarkan payu dara sebanyak tiga kali, implan bibir dan suntikan botox.



Victoria yang kini menetap di Cannes, Perancis bagaimanapun mengakui gembira dengan perubahan terkininya yang boleh menarik perhatian ramai.



“Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung. Ia amat seksi.



“Orang ramai akan memandang saya dan saya suka dengan perhatian itu,” katanya.



Dia telah membelanjakan sebanyak £25,000 (RM130, 807) bagi pembedahan pertamanya pada tahun 2001 di Hungary.



Pembedahan itu melibatkan tiga kali pembedahan di payu dara sehingga menghasilkan payu dara bersaiz 32G.



“Saya amat ramping dan berambut perang dan orang ramai akan memanggil saya Barbie. Tetapi saya benci payu dara saya yang bersaiz A,” katanya.



Minatnya itu turut dikongsi oleh teman lelakinya, Simon yang sentiasa menyokong cita-citanya untuk kelihatan seksi.



View the original article here

1 comment: