Nak ikutkan
Mislina Mustaffa bukanlah pelakon yang terkenal sangat di Malaysia ini
melainkan diingati kerana bergiat dalam teater, pernah muncul dalam
beberapa naskhah arwah Yasmin Ahmad dan berlakon dalam filem adaptasi
kehidupan Zaiton Sameon yang gagal memuaskan hati produsernya hingga
dibuat semula.
Kebanyakan
kisah Mislina yang terbit di media pun lebih ke arah memperkatakan
tentang kehidupan peribadinya yang ‘lain’ daripada orang lain.
Berbeza dengan
kebanyakan wanita biasa apatah lagi jika diperincikan kepada wanita
timur berbangsa Melayu beragama Islam, Mislina memilih kebebasan
menghirup udara tanpa batasan di dunia ini termasuk menggunakan alasan
projek hidup secara gelandangan (going homeless by choice).
Sejak dulu dia
tidak kekok memperlihatkan sisi hidupnya yang jelas terpesong dari norma
agama yang dilahirkan bersamanya dari segi pakaian dan gaya hidup.
Terbaru,
Mislina berkongsi gambarnya ketika mengunjungi Cuba pada 27 Julai hingga
21 Ogos 2014 lalu termasuk kenangan dia berbikini sambil menikmati
keindahan pantai bersama teman lelaki.
Erm, nampaknya lengan Mislina pun dah ada ‘barcode’ sekarang…
Gambar ini
membuatkan beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba
menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas.
Setakat ini
tiada respon daripada Mislina untuk menjawab komen-komen tersebut biar
pun ada rakan terapat dilihat membela dirinya.
Bak kata
pepatah kita boleh heret kuda ke sungai namun tak mampu memaksa dia
minum maka samalah halnya dengan kes Mislina ni kot.
No comments:
Post a Comment