Pages

Thursday, 4 September 2014

Video : Permainan Kanak-Kanak Yang Paling Memeranjatkan!



Antara tujuan sesuatu permainan dicipta adalah untuk merangsang daya imiginasi dan pemikiran positif kanak-kanak.

Barang-barang permainan sebenarnya boleh membawa kesan yang besar ke atas sikap dan tingkah laku kanak-kanak dalam proses pembesaran mereka.

Sebab itu sesetengah syarikat permainan mengunakan pakar psikologi kanak-kanak untuk tampil dengan permainan yang bukan sahaja menarik tetapi membantu membentuk personaliti kelompok berkenaan.
Namun, dalam ribuan permainan yang dicipta, ada juga yang terlepas pandang prinsip penting yakni permainan harus merangsang pemikiran yang positif dan bukan sebaliknya.


Dalam klip di bawah, dihimpunkan beberapa ciptaan permainan yang mampu merangsang pemikiran kanak-kanak tetapi ke arah yang tidak sepatutnya.

Ada sesetengah rekaan lebih terarah kepada permainan seks orang dewasa berbanding sesuatu yang sepatutnya mengembirakan kanak-kanak.

Malah, ada permainan yang mampu menyebabkan kematian… sampai begitu sekali tahap kejahilan syarikat yang mereka dan memasarkan produk berkenaan.-
View the original article here

No comments:

Post a Comment