Pages

Saturday, 6 September 2014

GEMPAR !!! Pasangan Remaja Kantoi Tumpang Rumah Wanita Untuk Bersetubuh




Dalam kejadian jam 3.30 petang pada 20 Ogos lalu, wanita berusia 40-an itu baru 
pulang ke rumahnya sebelum menemui dua remaja tidur di dalam bilik.

Gadis berusia 14 tahun itu memaklumkan, dia dirogol rakan lelakinya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan 
Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila gadis yang tidak lagi bersekolah 
dikatakan mengikut suspek berusia 16 tahun ke rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi 
pada hari sama.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah rakannya, suspek mengajak mangsa masuk ke
dalam rumah berkenaan kononnya untuk menonton televisyen dan makan.

“Mangsa setuju dengan pelawaan suspek dan disebabkan kepenatan, mangsa masuk ke 
 dalam bilik untuk berehat sementara suspek berbual bersama beberapa rakannya di 
 ruang tamu.

“Bagaimanapun, suspek meninggalkan mangsa di rumah itu untuk ke sekolah dan pulang
 semula kira-kira jam 2.30 petang.

“Sebaik pulang dari sekolah, suspek memasak dan menghampiri mangsa yang berehat 
 di dalam bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis
 Kontinjen Terengganu, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan itu, kedua-duanya tertidur dan 
hanya terjaga selepas dikejutkan ibu saudara kepada rakan mereka.

Katanya, wanita terbabit yang terkejut melihat keadaan dua remaja itu menghubungi 
polis sebelum mereka ditahan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan 
 kerana merogol,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment