Pages

Saturday, 13 September 2014

BOMOH MINTA BOGEL, MELANCAP PESAKIT DAN WARIS

Segamat: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogel dan dia melakukan onani terhadap mereka.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya.

Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapatkan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu.

“Remaja lelaki berkenaan dijadikan pengantara dalam proses rawatan itu dan dia diarah berbogel sebelum suspek melakukan onani terhadap mangsa beberapa kali sehingga tamat upacara pada jam enam pagi.

“Semua proses rawatan dilakukan dalam bilik yang hanya diterangi lampu kecil kononnya bagi mengelak dikesan saka yang mengganggu ibu mangsa,” katanya.

SUSPEK (tengah) ditahan reman kerana disyaki mencabul dua remaja.

Mohd Kamil berkata, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun mendakwa turut menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional itu dalam kejadian jam 9.30 malam, 6 September lalu, di tempat sama.

Katanya, mangsa mendakwa turut melalui upacara yang sama ketika menemani ibunya yang berusia 50-an untuk membuang saka sehingga menyebabkan dia trauma apabila diperlakukan demikian oleh lelaki berkenaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki yang sudah berkahwin itu tidak mengenakan bayaran.

“Suspek kini direman sehingga 13 September depan bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul. “Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh lelaki itu turut tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

No comments:

Post a Comment