1. Elfira Loy, 19
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri
suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti
mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.
“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang,
Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja.
Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk
mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja."
Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun
daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan
membuang daki pada badan.
“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya
juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit
sekadar nampak lembap setiap masa.
2. Izara Aishah, 21
Izara
Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan
selepas bangun tidur. Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia
selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh
makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan.
Saya makan apa saja yang dihidangkan.”
Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang
dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan
Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
3. Anzalna Nasir, 25
Berperwatakan
lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki
wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh
dan pendek.
Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011
itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam
dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa
4. Nur Fathia, 25
Rahsia
penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff
pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai
‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.
“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun,
saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan
daripada bahan semula jadi yang selamat."
“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan
mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai
dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup."
“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari
setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta
membasuh muka setiap hari.”
Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan
sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan
cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih
selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka
menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.
5. Neelofa, 24
Berdarah
kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat
jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa
Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.
Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi
filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara
program TV seperti Nona dan Meletop.
6. Kilafairy, 19
Memiliki
bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga
tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis berusia 19
tahun ini bijak dalam penampilan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga
anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina
namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.
7. Emma Maembong, 21
Pemilik
nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma
Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan
jelita walaupun tanpa mekap.
Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat
sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini
pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku
dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita
Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
8. Tasha Shilla, 26
Kehebatan
Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan
sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.
Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta
Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah
Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat
di Anugerah Blockbuster 2012
9. Nelydia Senrose, 19
Walaupun
baru berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose
tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan
cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.
Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama
sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran
Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa
dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.
10. Wawa Zainal, 22
Berstatus
isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk
memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum
banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh
jerawat.
“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali.”
Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan
Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam
sehari. Mengakui dia turut menitikberatkan penjagaan makanan yang baik
dan berkhasiat.
Sumber Harian Metro
Baru aku tahu Izara Aisyah 21 tahun.
ReplyDeleteJom baca Replika MRT Di KL Sentral
spttnya lisa surihani kena ad dlm list ni...
ReplyDelete