Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain memberikan enam sebab utama mengapa dia menyatakan keyakinan terhadap objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.
Dalam temubual beliau dengan pemberita TV3 semalam, Kapten Nik Ahmad sempat memberikan ungkapan "Inilah dia" yang menunjukkan keyakinannya terhadap penemuan petunjuk baru itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan apa yang dikatakannya hanya pendapat peribadi semata-mata.
- Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
- Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
- Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
- Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.
- Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".
- Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Sumber: plbgaimacam
No comments:
Post a Comment