Pages

Monday 25 August 2014

4 Gambar pra-perkahwinan Zizan Razak dan Emma Maembong


Baru-baru ini, pasangan sejoli, Zizan Razak dan Emma Maembong telah pergi ke Jepun untuk menjalani sesi fotografi pra-perkahwinan mereka.

Meskipun tujuan utama mereka berangkat ke sana semata-mata kerana terlibat dalam penggambaran sebuah program pelancongan namun mereka tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk terus mengambil foto-foto pra-perkahwinan.

Menurut sumber, Zizan Razak dan Emma Maembong merancang untuk melangsungkan pernikahan pada Januari 2015. Pelawak terkenal itu yang diminta mengulas mengenai gosip berkenaan bagaimanapun enggan bercerita lanjut.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini. Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi."




No comments:

Post a Comment