Pages

Tuesday 26 August 2014

Wanita Mengandung Sejak Tahun 1978


India – Wanita yang berusia 62 tahun menjadi wanita yang paling lama mengandung di luar rahim apabila bayi yang dikandungnya hampir empat dekad berjaya dibuang oleh doktor.

Wanita berkenaan, Jyoti Kumar mula hamil pada 1978 ketika dia berumur 24 tahun. Ketika itu pun doktor telah memberitahu kandungannya mempunyai peluang yang nipis untuk hidup.

Tetapi disebabkan takut untuk melakukan pembedahan, dia melarikan diri dari hospital dan mendapatkan rawatan di klinik biasa.

Selepas 38 tahun, wanita itu mula sakit di bahagian perut dan apaila mendapatkan rawatan, doktor mendapati ada tulang bayi dalam perutnya. Perkara itu diketahui setelah doktor melakukan imbasan di perut wanita berkenaan.

No comments:

Post a Comment