Wednesday, 3 September 2014
Jururawat Sempat Berselfie Selepas Ditetak
MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.
Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.
Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.
“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.
“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment