Pages

Showing posts with label Berselfie. Show all posts
Showing posts with label Berselfie. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Jururawat Sempat Berselfie Selepas Ditetak



MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.

Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.

Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.

“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.


“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – Agensi

View the original article here

Wednesday, 14 May 2014

Apabila Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai

Apabila Tiz Zaqyah berselfie di Padang Pasir Dubai - Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tahun 2009, Tiz Zaqyah memang gemar mengambil gambar-gambar peribadi yang nakal ke mana sahaja beliau pergi atau melawat. 

Menariknya, apa sahaja gambar terbaru yang diambil akan dikongsikan kepada peminat di laman Instagram miliknya untuk menjadi tatapan mereka. Adakalanya, gambar-gambar yang dimuatnaik menerima kritikan peminat namun bekas kekasih Remy Ishak itu tidak memperdulikan.

Sekitar petang tadi, Tiz telah memuatnaik sekeping gambarnya berselfie ketika berada di tengah-tengah padang pasir Dubai. Memang gaya manja dan sosial beliau terserlah sehingga menerima banyak likes dan komen dari pengikut-pengikutnya di Instagram.




View the original article here

Monday, 12 May 2014

SENSASI !! Gambar Erra Fazira Berselfie Bersama Engku Aleesya ...




Pastinya setiap anak mengharapkan keluarga yang bahagia bersama ibu dan bapanya . 



Namun bagi Engku Aleesya dia kelihatan gembira biarpun berada dalam keadaan terpisah namun anak pelakon terkenal tanahair ini tetap menunjukkan keceriaan bila bertemu ibu dan bapanya .



Baru-baru ini Erra telah memuatnaik sekeping gambar Erra bersama Engku Aleesya berselfie bersama ...jom layan gambar dibawah ...






View the original article here