Assalamualaikum. Salam hari Jumaat yang
penuh indah dan redup. Perkongsian satu lagi ilmu hasil dari tontonan
rancangan Assalamualaikum TVAlHijrah sebentar tadi. Topik perbincangan
mengenai hukum membotakkan kepala, mewarnakan rambut, meluruskan rambut
dan menanam rambut. Topik ini lebih ditujukan untuk perempuan tapi ada
kaitan dengan lelaki juga.
Walau apapun tindakan kita
terhadap rambut, yang penting adalah niat. Hukum boleh jadi
makhruh/haram jika tidak jujur dengan tujuan. Iaitu berniat yang bukan2.
Jika niat untuk riak ataupun bangga dengan kecantikan rambut, maka
haram hukumnya. Niat tertentu akan menyebabkan hukum berubah2.
Membotakkan Kepala
1. Hukum membotakkan kepala bagi perempuan adalah haram!
2. Sekiranya suami menyuruh membotakkan, hukumnya tetap haram.
Mewarnakan Rambut
1.
Dibolehkan untuk mewarnakan rambut dalam apa jua warna kecuali hitam
tetapi seelok2nya warna inai. Bahan untuk mewarnakan rambut juga perlu
diteliti supaya bahan yang digunakan halal dan tidak bertindak menyaluti
rambut. Iaitu bahan yang digunakan tidak kalis/telap air. Jika bahan
yang digunakan kalis air dan tidak halal, maka hukumnya haram. Ini
kerana mandi wajib atau wudhuk menjadi tidak sah apabila air tidak
sampai kepada anggota iaitu rambut. Pewarna terbaik adalah inai.
2. Hukum mewarnakan rambut adalah
harus jika tujuan untuk berhias kerana suami atau untuk suami rasa
bahagia dan lebih menyayangi isteri.
3. Masalah uban - Mewarnakan rambut
dengan tujuan untuk berjihad supaya dapat menggerunkan musuh, supaya
musuh tidak melihat tentera yang berperang sudah tua (beruban), hukumnya
adalah harus.
4. Masalah penyakit - Contohnya
kanak2 yang rambutnya telah beruban pada usia yang tidak munasabah iaitu
semasa kecil. Maka hukumnya harus untuk mewarnakan rambut.
Meluruskan Rambut
1. Tindakan meluruskan rambat adalah haram kerana mengubah struktur dan kejadian asal kerana tindakan ini boleh jadi kekal
2. Hukum meluruskan rambut adalah
harus jika tujuan untuk berhias kerana suami atau untuk suami rasa
bahagia dan lebih menyayangi isteri.
Menanam Rambut
1.
Dalam Islam, rambut dianggap suci tidak kirala samada masih di
kepala/telah dipotong dan tidak kira hidup/mati. Islam memuliakan
rambut. Dilarang mengambil sebarang manfaat daripada rambut seperti
menjual rambut. Dibolehkan untuk menanam rambut tetapi mesti ambil dari
rambut sendiri dan pihak yang menanam rambut adalah orang yang pakar dan
menjaga kebersihan.
Jika ada info yang salah, mintak diperbetulkan ya ^_^
No comments:
Post a Comment