KUANTAN - "Awak gemuk tapi comel". Itulah antara ungkapan diucapkan
seorang pemandu texi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita
menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli belah
di bandar ini, kelmarin.
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata,
kebiasannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali kenderaan
awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia
memilih untuk duduk di bagahian depan bersebelahan dengan pemandu kerna
lebih dekat dengan penghawa dingin.
Tambahan pulak katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan
bertindk sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.
"pada awalnya, kami hanya berbual kosong, namun selepas itu, topik
perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya
seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.
"Perbuatan penandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual
lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap
menjeling mata saya,'' katanya.
Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik
berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.
Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang
tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi
comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.
"selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suaminya.
"dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan
cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.
Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.
"saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan
seboleh-bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. kita juga jangan mudah
percaya dengan penampilan seseorang.
"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan
menghormati wanita, ambil pengajaran ini dengan apa yang terjadi pada
diri saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd
Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan
berhubungan kes tersebut. - SINAR HARIAN.
No comments:
Post a Comment