Ya
dalam banyak-banyak komen tentang isu Kpop yang sedang panas sekarang
ini, bagi kami komentar daripada Abby Abadi ini adalah yang terbaik
setakat ini. Walaupun sebelum ini kami juga sering mengkritik Abby
apabila memberikan komen yang agak melalut, namun kali ini ulasan yang
diberikan memang padu, tepat, mantap dan power!!! Ternyata pengalaman
Abby Abadi di dalam industri hiburan sebelum ini membolehkan Abby
memberi pendapat yang amat brilliant ini.
Di
kala kebanyakan pihak menyalahkan gadis-gadis bertudung itu kerana
membiarkan diri mereka dipeluk oleh artis Kpop, Abby Abadi melihat
perkara ini daripada sudut yang lebih besar lagi. Tulis Abby menerusi
Instagramnya:-
Malah
Abby juga turut mempersoalkan kredibility pihak-pihak berkuasa yang
nampak bersungguh-sungguh mahu menyiasat hal ini sedangkan banyak lagi
perkara depan mata yang dibuat tidak tahu. Antara tulisan Abby:-
Kenapa nampak yang ni je? Paper, majalah hiburan di Malaysia ni. Saban hari, tiap minggu, tiap-tiap bulan terang-terang covernya gambar bermaksiat. Tak pernah dengar pun nk ambil apa-apa tindakan.Tak cukup popular ke artis kt Malaysia ni? Dalam drama, filem, teater bukan main terang lagi kemaksiatan mereka.. Kenapa di diamkan je? Kenapa tiada Alim Ulama yg ada dalam Barisan Pimpinan Negara bersuara?Seriuss.. Sangat tak boleh diterima akal kalau insiden antara K-pop & peminat fanatik mereka tu diambil tindakan tapi artis dalam dunia hiburan terus dibiarkan…#SelamatkanMalaysia #SelamatkanSahabatSahabatSaya #ALLAHUAKBAR
No comments:
Post a Comment