CHINA – Amalan kejam yang diamalkan oleh peniaga kaki lima yang menjual
daging anjing dan kucing di sepanjang sungai Xi, berjaya didedahkan oleh
sebuah stesen televisyen tempatan.
Binatang berkenaan akan dibunuh dengan cara kejam, selepas pelanggan membuat bayaran untuk menikmati daging segar.
Anjing dan kucing itu dimasukkan ke dalam karung guni sebelum dihumban ke dalam sungai untuk dilemaskan.
Bangkai binatang itu kemudiannya dilapah dan dimasak di hadapan pelanggan.
Namun peniaga berkenaan menyifatkan cara membunuh haiwan tersebut adalah berperikemanusiaan.
“Ada pelanggan yang mengadu mereka berasa sedih apabila melihat haiwan
dibunuh di depan mereka, jadi kami menggunakan cara ini dengan
melemaskan binatang itu di dalam sungai.
“Mereka tidak akan dapat menyaksikan bagaimana binatang itu mati kerana
ia berada di dalam guni yang dihumban ke sungai untuk dilemaskan,’’ kata
salah seorang peniaga.
Susulan laporan media yang mengejutkan itu, pihak berkuasa di Foshan
mengumumkan akan membasmi kegiatan berkenaan apatah lagi daging binatang
tersebut disifatkan sebagai tidak sihat.
Ini kerana binatang berkenaan mungkin dijangkiti penyakit.- Mynewshub.cc
No comments:
Post a Comment