Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan menerusi akaun Facebook telah
memuat naik gambar ayahnya, Datuk Chef Wan yang kini dimasukkan ke
hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Gambar ini disertakan dengan status Serina yang mengharapkan peminat dan
keluarga mendoakan kesejahteraan ayah kesayangannya itu;
"Papa please get well soon..rina & cucu papa doakan papa cepat sihat
balik, so sad tak boleh melawat papa.Doktor tak benarkan..sbb papa kena
berehat tak boleh ada guest or family visit..to all my fans &
family pls doakan papa @chefwan58 serina cepat sembuh dari Bronchitis
infection.Love u."
Takziah diucapkan kepada Chef Wan. Media Hiburan mendoakan agar
kesihatan Chef Wan semakin pulih dan dapat kembali ke dapur seperti
biasa!
Sumber: mediahiburan.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment