Nampaknya kisah penceraian pasangan selebriti di Malaysia tidak pernah habis-habis diperkatakan selepas ada sahaja yang mengambil keputusan bercerai atas alasan masing-masing.
Pasangan terbaru yang kini sah bercerai talak satu semalam ialah Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob. Lafaz cerai itu telah dibuat oleh Riezman di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Dalam keadaan sebak, Riezman telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.
Riezman memberitahu mahkamah, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.
Dalam pada itu, pasangan ini dilihat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri sebelum melafazkan cerai.
Untuk rekod, Riezman dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 selepas lima tahun bercinta - Mediahiburan.
No comments:
Post a Comment