Pages

Sunday, 18 January 2015

Gempar! Apa Kaitan Anak Khinzir Dalam Hubungan Awie - Rozana ???

Rozana (kiri) berpelukan dengan kakaknya, Haliza yang datang memberi sokongan moral di Mahakamah Syariah Kuala Lumpur sealam.Foto: NOOR ASRIEYKUZAIREY SALIM.
Rozana (kiri) berpelukan dengan kakaknya, Haliza yang datang memberi sokongan moral di Mahakamah Syariah Kuala Lumpur sealam.Foto: NOOR ASRIEYKUZAIREY SALIM.
Rozana Misbun menyifatkan hasrat suaminya, Awie untuk duduk berbincang mengenai sijil pernikahan mereka yang didapati palsu adalah tindakan yang sudah terlambat.
Rozana, 37, berkata, Awie sepatutnya berbincang perkara itu lebih awal dan bukannya selepas mahkamah membuat keputusan mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang diperolehi vokalis Wings itu.
“Lepas keputusan sudah keluar, baru hendak bincang dan semuanya sudah terlambat. Selepas aib saya dibogelkan, saya tak nampak jalan untuk berbincang. Saya akan ikut undang-undang negara kita selepas ini. Jika sijil nikah kami didapati tidak sah, saya akan buat laporan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk tarik balik surat beranak anak-anak.
“Terpulanglah kepada Awie, dia yang kena ambil tindakan dalam hal ini untuk bersihkan nama tiga anak selepas dia tuduh saya yang aibkan anak-anak. Patutnya dia bincang dari awal, dia pernah berlagak bila abang saya minta selesai secara baik pada awalnya. Dia kata cakap dengan peguam saya,” katanya kepada ketika ditemui di luar mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Sebelum itu, Rozana berjaya mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang sebelum itu diserahkan kepada Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47. Tiga anak hasil perkahwinan mereka itu ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. Awie turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000.
Sementara itu, pada sesi penghujahan yang berlangsung pada Selasa lalu, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ukay Perdana Ampang di sini.
Barang-barang berkenaan seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha. Mengulas tentang amalan khurafat dan syirik tersebut, Rozana meminta masyarakat menilai tuduhan itu secara rasional dan adil.
“Ikut logik, kalau selepas saya keluar rumah baru jumpa benda tersebut, fikir sendirilah, dia mungkin dalam keadaan terdesak, kalau saya ditempat dia, anak khinzir pun saya boleh letak bawah bantal. Saya tidak kisah pun, dari awal dia sudah aibkan saya. Tapi keputusan hari ini (semalam) telah membuktikan siapa benar dan siapa salah.
“Saya bawa saksi yang sah ke mahkamah untuk beri keterangan tapi dia setakat cakap-cakap dan buat tuduhan serta tidak ada saksi,” jelasnya.
Ditanya persepsi masyarakat yang mungkin ada mempercayai tuduhan itu dan bagaimana dia menghadapi situasi itu, Rozana menegaskan dia tidak hidup dipuji dan tak mati dikeji.
Pada masa sama, Rozana turut mengakui tidak pernah menelefon Awie untuk melawat anak-anak selepar keluar dari rumah pada tahun lalu namun hanya menelefon anak kedua mereka.
“Bagaimanapun nombor anak saya itu sudah disekat dan saya juga pernah menelefon sekolah mereka tapi pihak sekolah memaklumkan Awie telah buat surat untuk tidak benar saya telefon atau jumpa anak di sekolah,” katanya.--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment