Pages

Saturday, 24 January 2015

CARA SENANG KURANGKAN BERAT BADAN ! :)



Memang majoriti manusia diatas muka bumi ini obses dengan berat badan tapi paling utamanya wanitala kan. Yang mana kurus sangat tu, nak bagi berisi sikit. Yang mana terlebih isi pulak tu, nak dikurangka sikit. Yela sape tak nak kelihatan gojes dan macho kan?? top sendiri pun nak. Tapi harapan jela sebab usaha kearah tu memang takde. Top ni memang jenis pemalas level 99%. tinggal lagi 1% je yang rajin… :) Jadi apa cara paling sesuai untuk korang kurangkan berat badan pada waktu pagi untuk orang yang pemalas macam top ni??

Cara dia senang je der..

meh baca bawah ni :-


berdasarkan kajian daripada Northwestern University Feinberg School of Medicine, mendapati bahawa berjemur dibawah sinaran matahari pagi dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang.  Mereka telah melakukan kajian terhadap 54 orang peserta untuk mengkaji kesan matahari pagi terhadap berat seseorang selama seminggu. Keputusan mendapati bahawa, berat seseorang yang terdedah kepada sinaran matahari pagi adalah lebih berkurang daripada mereka yang tidak. Tetapi ianya turut bergantung berdasarkan usia, keaktifan aktiviti harian mereka serta apa yang mereka makan.

Hal ini berlaku mungkin disebabkan atas 2 kemungkinan. Yang pertama, apabila seseorang bangun pada waktu pagi, ia menandakan bahawa mereka mempunyai waktu tidur yang konsisten dan teratur. Waktu tidur yang konsisten dan teratur akan meningkatkan lagi kadar metabolisma seseorang untuk menjadi lebih efektif. Seperti yang korang semua tahu, metabolisma yang efektif akan membantu mengurangkan lagi berat seseorang...

Kemungkinan yang kedua adalah disebabkan sinaran matahari pagi adalah lebih kuat berbanding sinara matahari pada waktu tengahari atau petang. Ini kerana sinaran matahari pagi mengandungi lebih banyak cahaya biru berbanding pada waktu lain. Cahaya biru tersebut sangat berkesan dalam proses circadian (korang jangan tanya top carcadian tu ape sebab top bukan doktor, nak tau gugel sendiri sebab top malas level 99%…hehe) dimana ia membantu mengurangkan berat badan seseorang...

Mereka mencadangkan seseorang mendapatkan sinaran pagi selama 20 ke 30 minit sehari bermula jam 8.00 pagi untuk melihat hasilnya. Jadi kepada sesiapa yang rasa banyak spare tayar tu, selamat mencuba la ok?? :)

No comments:

Post a Comment