Pages

Monday, 12 January 2015

Alyah: Maafkan Saya Terlebih Emosi, Tidak Kawal Perasaan



Mesti anda ingat lagi tentang kisah semalam yang mengatakan suami Alyah, Datuk Ramli MS kini sudah berkahwin lain sehingga penyanyi itu merasakan kehidupannya kini sudah hancur dan terasa bodoh selama ini dipermainkan suaminya — itu semua tidak benar.
Menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah memuat naik penjelasan yang mengatakan beliau terlalu mengikut emosi sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin lain.
BACA: Ramli MS Kahwin Lain, Alyah Akui Hidup Kini Sudah Hancur
“Saya post tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar tu dari saya berkawan sampai sudah berkahwin sering menganggu hubungan saya. Yang saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya”
Alyah Minta Maaf Kerana Tidak Kawan Emosi - ROTIKAYA
“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya.
Jadi kita semua boleh kembali bertenang kerana Alyah dan Ramli MS kini masih bersama dan ini semua berlaku kerana emosi penyanyi itu sendiri. Well… (rtky/m)

No comments:

Post a Comment